Seringkali, kita diajar untuk berbuat baik sesama manusia tanpa mengenal erti perbezaan. Malangnya, hari ini banyak je yang bersikap ‘pilih bulu’ bila nak tolong orang.
Namun, berbeza pula buat lelaki Cina berhati mulia ini. Hari ini, terjadinya suatu momen yang wajar dijadikan pengajaran kepada mereka yang ‘memilih’ sangat dalam menghulurkan bantuan.
Tidak memilih untuk membantu
Beberapa jam lepas, laman Facebook Rakan Muslimah Al-Falah II telah memuatnaik beberapa gambar seorang remaja Cina yang dilihat membantu menghantar seorang pak cik uzur ke Masjid Al Falah bagi menunaikan solat Jumaat. MasyaAllah..
Menurut entri tersebut, pemuda Cina itu dilihat bukan sahaja memimpin tangan orang tua itu, malah dia turut melindungi kepala pak cik dengan tapak tangannya supaya tidak terkena hujan.
Tanpa memikirkan dirinya yang kuyup dibasahi hujan, pemuda mulia itu memastikan warga emas tersebut tiba dengan selamatnya di perkarangan masjid. Inilah yang wajar kita contohi, satu Malaysia tanpa mengenal agama dan bangsa.
Reaksi netizen
Sumber: Rakan Muslimah Al-Falah II
0 comments :
Post a Comment