Panduan Urus Hutang Dengan Cermat

Kemahiran pengurusan hutang ialah keupayaan daya kawal diri untuk membolehkan anda mencapai matlamat kewangan dengan mengawal perbelanjaan supaya aliran tunai sentiasa positif. Dengan mencapai matlamat kewangannya, dia boleh memenuhi kedua keperluan dan kehendak dirinya.

Gambar : INGimage

Pengurusan hutang ialah antara elemen pengurusan kewangan. Secara umumnya pengurusan kewangan ialah daya kawal diri kepada pendapatan (duit masuk) dan kawalan perbelanjaan (duit keluar). Pengurusan hutang termasuk di bawah kategori kawalan perbelanjaan (duit keluar).

Panduan Urus Hutang

  • Terima hakikat bahawa hutang telah dibuat. Hutang wajib dibayar, cepat atau lambat. Kebanyakan hutang dengan institusi hutang telah distrukturkan. Ada kemungkinan apabila dibayar cepat akan dapat pengurangan faedah. Ada juga yang mempunyai kesan yang minimum.

 

  • Buat kira-kira. Hutang dengan individu, lebih cepat bayar lebih selesa fikiran. Apapun, dengan selesainya sesuatu hutang, hidup jadi lebih tenang. Sesuatu usaha boleh dipertimbangkan dan diusahakan.

 

  • Mempunyai matlamat kewangan yang jelas. Apa yang diperlukan dan bila. Apa yang dimahukan dan bila. Jika mempunyai matlamat yang jelas, seseorang mempunyai daya tahan dari terikut dengan trend semasa dan emosi sendiri.

 

  • Buat bajet. Hitung pendapatan dan hitung semua perbelanjaan semasa. Kenal pasti kesannya pada aliran tunai bulanan dan perbelanjaan bertempoh seperti servis, kos selenggara, kos pembaikan, cukai dan lain-lain.

 

  • Buatlah perniagaan dan perusahaan kecil. Mulakan servis tertentu. Ia boleh dimulakan dengan modal yang kecil. Asalkan ianya halal dan menepati undang-undang, ia berupaya menghasilkan pendapatan. Aliran tambahan tunai berkenaan boleh digunakan membayar hutang. Kemudian bolehlah menabung untuk simpanan keperluan dan kehendak akan datang.

Berhutang tidaklah salah, ianya perkara dunia yang boleh diuruskan. Set mentaliti diri yang tepat. Mesti punya matlamat kewangan yang jelas. Selagi mana boleh, usahakan sesuatu tanpa perlu berhutang. Simpan sedikit demi sedikit sehingga cukup terutama untuk memenuhi kehendak diri.

 

The post Panduan Urus Hutang Dengan Cermat appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment