Model Cara Delevingne Kini Wajah Eksklusif Dior

Dior dengan gembiranya mengumumkan model terkenal, Cara Delevingne sebagai wajah terbaru untuk rangkaian produk penjagaan wajah baru Dior, ‘Capture’.
 

 
Wajah Cara Delevingne yang moden dan berkarisma amat sesuai dengan rangkaian produk penjagaan wajah “Capture Youth” yang dihasilkan oleh Dior untuk wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an.
 
Cara Delevingne yang berketurunan British dan menerima pendidikan di Sekolah Bedales yang berprestij telah memulakan karier dalam dunia peragaan pada usia yang sangat muda dan beberapa tahun kemudian dia telah dipilih untuk menjadi model di salah satu pentas fesyen berprestij dan mula muncul di majalah fesyen yang yang terkenal.
 
Dia telah menjadi ikon generasi kini yang dipuja oleh wanita muda kerana keberanian dan komitmennya dalam kerjaya. Kini, dia telah mengembangkan kerjayanya sebagai pelakon dan telah membintangi filem yang mendapat sambutan ramai, Suicide Squad pada tahun 2016. Turut membintangi filem itu adalah Will Smith, Margot Robbie dan Jared Leto.
 
Pada tahun 2017, Cara turut membintangi filem “Valerian and the City of A Thousand Planets,” di mana dia telah memegang watak sebagai Laureline. Dia juga turut terkenal dengan wataknya dalam filem arahan Justin Chadwick, “Tulip Fever” pada tahun 2017.

The post Model Cara Delevingne Kini Wajah Eksklusif Dior appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment