Mitos Dan Fakta Mengenai Kolestrol Dari IJN Dan Pfizer Malaysia

Institut Jantung Negara dan Pfizer Malaysia (Pfizer) telah berganding bahu untuk melancarkan sebuah buku kecil panduan pesakit untuk membantu orang ramai memahami, menguruskan dan menyanggah salah tanggapan umum dan mitos tentang kolestrol.
 

Dato Seri Dr Azhari Yakob, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Jantung Negara, Dato Sri Dr Azhari Rosman, Pakar Perunding Kanan, Institut Jantung Negara, Dr Emily Tan, Pakar Perunding Kardiologi, Institut Jantung Negara dan Dr Vicknesh Welluppillai, Pengarah Perubatan Pihak Berkepentingan, Pfizer Malaysia’ Pfizer Asia Pacific, Pfizer Essential Health CMO Organization-APAC Regional melancarkan buku “All You Need to Know About Cholesterol”.


 
Majlis pelancaran yang diadakan di IJN telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Dr Mohd Azhari Yakob, Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Dato’ Sri Dr Azhari Rosman, Pakar Runding Kardiologi Kanan, Dr. Emily Tan, Pakar Runding Kardiologi dan Dr Vicknesh Welluppillai, Pengarah Perubatan, Pfizer APAC Regional.
 
Buku kecil yang bertajuk “All You Need to Know About Cholesterol” telah diterbitkan sebagai panduan mudah untuk difahami agar ia dapat menggalakkan lebih banyak perbincangan antara pesakit dan doktor mengenai pengurusan kolestrol. Buku ini juga bertujuan untuk membantu pesakit mendapatkan fakta yang betul tentang pengurusan kolestrol agar dapat membezakan antara maklumat tepat dan berita palsu mengenai kolestrol.
 
Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 (NHMS), penyakit kardiovaskular termasuk sakit jantung dan strok telah menjadi penyumbang terbesar  pada jumlah kematian di Malaysia. Bahkan, laporan NHMS 2015 pada tahun lepas juga melaporkan seramai 3.3 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas digolongkan sebagai obses, manakala 30 peratus atau 5.6 juta mempunyai berat badan yang berlebihan.
 

“Memandangkan perangkaan yang membimbangkan ini, sememangnya lebih banyak inisiatif yang bertumpu kepada usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang pengurusan kolesterol harus dilaksanakan. Terdapat banyak maklumat di Internet dan media sosial, justeru amat penting agar pesakit mempunyai fakta asas tentang pengurusan kolesterol dan buku ini akan menjadi rujukan yang baik bagi pesakit dan penjaga masing-masing,” – Dato’ Seri Dr. Mohd Azhari Yakub, Ketua Pegawai Eksekutif, IJN.

 
Dua daripada lima rakyat Malaysia tidak sedar mereka mempunyai paras kolesterol yang tinggi, iaitu meliputi 38.6 peratus atau kira-kira 7.8 juta rakyat Malaysia. Paras kolestrol yang tinggi dan penyakit koronari yang berkaitan ialah pembunuh senyap yang tidak memilih mangsa, tiada tanda amaran atau gejala sehingga kejadian buruk telah menimpa.
 

“Dua daripada isu paling lazim yang dihadapi oleh pakar kardiologi seperti kami ialah untuk meminta pesakit menjalani ujian dan mematuhi tatacara rawatan bagi pengurusan kolesterol. Memandangkan begitu ramai pesakit yang belum didiagnosis dan menghadapi risiko di Malaysia, semua orang hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan untuk lebih memahami tahap kesihatan masing-masing. Lebih awal penyakit dikesan, lebih baik keputusan kesihatan yang boleh dijangkakan,” -Dato’ Sri Dr Azhari Rosman, Pakar Runding Kardiologi Kanan, IJN.

 
Satu kajian menunjukkan bahawa lebih tujuh daripada 10 pesakit yakin terhadap keupayaan mereka untuk mendapatkan jawapan tentang penjagaan kesihatan dan membuat keputusan maklum tentang diri sendiri dan keluarga mereka dan mereka telah menerima maklumat daripada banyak sumber, namun maklumat yang diterima tidak semestinya sahih dan tepat.
 

“Untuk saya, ia tidak merupakan masalah jikalau para pesakit ingin melayari laman web untuk mencari maklumat. Apa yang merisaukan saya ialah dimana para pesakit ini lebih menpercayai “Dr Google” daripada pakar perubatan yang menpunyai kelayakan. Di klinik saya, saya sering bejumpa dengan pesakit-pesakit yang datang degan maklumat mengenai kolesterol daripada laman web. Maklumat yang mereka dapati ada diantaranya relevan, tetapi ada juga yang disalah tafsir,”-Dr Emily Tan, Pakar Runding, IJN.

 
Buku kecil ini diilhamkan untuk menggalakkan kefahaman dan kesedaran lebih mendalam tentang pengurusan kolestrol dan juga betapa pentingnya perbincangan antara pesakit dan doktor, dalam usaha meningkatkan keberkesanan bagi pesakit dan mengurangkan statistik semasa tentang kes yang belum disahkan.
 

“Kami gembira untuk bekerjasama dengan IJN untuk memastikan pesakit mendapat maklumat yang tepat dan boleh dipercayai tentang pengurusan kolesterol. Sebagai salah satu pemimpin dalam bidang kardiovaskular, Pfizer memainkan peranan aktif menggalakkan gaya hidup lebih sihat demi mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular menerusi pendidikan dan acara khas seperti ini agar orang ramai lebih maklum tentang penyakit kardiovaskular.  Buku ini bertujuan membantu pesakit meningkatkan kefahaman asas tentang kolesterol dan pengurusannya secara berterusan. Malah ia juga akan meningkatkan pengetahuan pesakit untuk mengadakan perbincangan yang maklum dengan profesional penjagaan kesihatan dan pada masa yang sama, membantu mereka menilai ketepatan maklumat yang wujud di Internet dan media sosial,” -Dr Vicknesh Welluppillai, Pengarah Perubatan Pihak Berkepentingan, Pfizer Malaysia.

The post Mitos Dan Fakta Mengenai Kolestrol Dari IJN Dan Pfizer Malaysia appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment