Misi Jadikan Wanita Cantik Luar & Dalam Menerusi Kosmetik

Intan Ilyani Ghazali, wanita jelitawan yang cekal  dan penuh visi adalah tunjang utama di sebalik penubuhan jenama kosmetik tempatan, iaitu Face & Co.

Face & Co adalah label kosmetik tempatan yang berani mengorak langkah di dalam dunia kecantikan ini baru sahaja ditubuhkan sekitar April 2017 yang lalu. Mempunyai misi dan visi yang besar, ia bukan sahaja sekadar penjualan produk kecantikan,malah ia adalah platform bagi membantu dan memartabatkan suara wanita di luar sana.

Memulakan kerjaya sebagai Perunding Imej, ianya adalah titik tolak permulaan buatnya bagi membantu merealisasikan impian untuk melihat wanita tampil berkeyakinan dan cantik luar dan dalam tidak kira apa jua bentuk fizikal dan personaliti seseorang.

“Saya nekad untuk berhenti kerja kerana ingin memulakan bisnes dan serius di dalam bidang kecantikan. Walaupun ia dianggap tindakan berani mati, kerana saya tahu risiko yang bakal dihadapi, namun jauh di sudut hati, saya percaya sesuatu perkara yang disusuli dengan niat baik, Insyaallah, ia akan dipermudahkan.

Daripada proses pertama untuk menghasilkan produk sehinggalah kini, semuanya berjalan dengan lancar. Malah, sehingga kini saya masih tidak percaya bahawa produk ini sudah mempunyai bilangan stokis yang memberangsangkan di samping sambutan menggalakkan terhadap produk kosmetik Face & Co,”katanya sambil menguntumkan senyuman manis.

Menurut Intan juga, misinya bukan sekadar ingin meraih keuntungan berdasarkan jualan produk semata-mata, tetapi mesej yang ingin disampaikan disebalik produk kecantikan ini. Pengalamannya sebagai seorang ibu tunggal banyak mengajarnya untuk lebih berdikari, bersemangat dan berkeyakinan di dalam apa jua yang dilakukannya.

“Jika anda boleh lihat, tagline di sebalik packaging dan juga aktiviti promosi ialah , Be Bold. Be Bold di definisikan sebagai jadilah wanita yang berani, bijak dan yakin dalam membawa diri dan meneruskan impian agar martabat wanita dipandang tinggi dan mampu meraih kejayaan tidak kira apa jua rintangan yang datang.

Untuk itu, selari dengan pengeluaran ini, saya turut ingin memperkasakan kempen Be Bold ini dengan beberapa cara iaitu menerapkan lifestyle thinking dan juga menggalakan personal branding melalui beberapa program seperti bengkel kecantikan ataupun seminar yang akan dijalankan tidak lama lagi,”ujarnya penuh bersemangat.

Apabila ditanya apakah harapannya dalam mengembangkan jenama kosmetik ini, Intan memberitahu akan memperkenalkan produk kecantikan di dalam versi yang lebih lengkap iaitu dengan adanya pembayang mata, lipstik, penggaris mata dan sebagainya. Selain itu, besar harapannya juga untuk melihat produk ini diterima ramai dan diakui setaraf dengan label antarabangsa kerana formulasi yang digunakan adalah yang terbaik dan berkualiti.

Keistimewaan Produk Face & Co: 

True Foundation Cushion,RM79.90 : Dirumus khas dengan fomulasi Vitamin C dan ekstrak bahan alami, ia mempunyai tekstur yang ringan dan halus tatkala dioleskan pada wajah. Diperkaya dengan kandungan SPF35, ia tidak menutup pori , malah membantu menghalang pembentukan pigmentasi dan tompok penuaan pada kulit. Solekan menjadi lebih mulus dan sekata.

True Foundation Pure / Glow (Liquid),RM99.00: Bedak asas di dalam bentuk cecair ini hadir dengan dua rona, iaitu Pure dan Glow. Teksturnya yang halus, ringan dan mudah menyerap ke dalam lapisan kulit, ia membantu melindungi cela dan membaiki tona kulit lebih sekata, agar kesan solekan tampak lebih mulus, sekata dan berseri.

 

 

 

 

 

The post Misi Jadikan Wanita Cantik Luar & Dalam Menerusi Kosmetik appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment