Angka dakwaan yang dibuat ke atas penerbit filem terkenal di Hollywood, Harvey Weinstein semakin meningkat. Bertahun lamanya sejarah gangguan seksual yang dihadapi lebih 30 orang wanita ini dipendamkan dari pengetahuan umum, kini segala rahsia buruk Weinstein terbongkar.
Menurut pakar perundangan di Amerika Syarikat, Weinstein boleh berhadapan lima hingga 25 tahun penjara atas tuduhan gangguan seksual jika tuduhan terbaru diusulkan di mahkamah jenayah.
Penerbit Hollywood yang dituduh melakukan gangguan seksual dan rogol oleh segelintir wanita di serata dunia boleh didakwa di kota New York atas tuduhan pada tahun 2004 yang terperinci dalam siasatan yang dijalankan oleh New Yorker yang diterbitkan pada Selasa lalu.
Berikut adalah tuduhan yang dilemparkan ke atas Harvey Weinstein.
Asia Argento
Aktres dari Itali, Asia Argento mendakwa Weinstein telah merogolnya pada usianya 21 tahun. Dia memaklumkan kepada The New Yorker yang dia telah diajak ke sebuah majlis yang disangkakan sebuah parti di kamar Hotel du Cap-Eden-Roc dekat dengan Cannes tetapi pada hakikatnya hanya mereka berdua. Weinstein kemudian menyarung jubah mandi dan meminta Argento mengurutnya. Argento menyatakan yang mana dia enggan bersetuju tetapi Weinstein bertindak menarik skirtnya dan melakukan seks oral secara paksaan ke atas Argento. Aktres itu merasakan bersalah akan apa yang diterangkan sebagai satu ‘trauma yang paling teruk’ dan kerana tidak melawan kembali. Dia kemudian melakukan hubungan seks yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak, yang diterangkannya kepada majalah sebagai satu sisi dan onanistik kerana dia percaya yang Weinstein mampu merosakkan kerjayanya jika dia tidak menyetujui. “Selepas rogol, dia menang,” ujarnya.
The post Lebih 30 Individu Termasuk Selebriti Hollywood Dakwa Terima Gangguan Seksual Dari Harvey Weinstein appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment