Seorang kanak-kanak berusia enam tahun telah dijemput untuk menjadi juruterbang selama sehari selepas video di mana dia menunjukkan pengetahuan mendalam tentang penerbangan kepada juruterbang Etihad Airways menjadi tular.
Sumber: Google
Etihad Airways telah menjemput Adam Mohammed Amer yang berketurunan Mesir-Maghribi untuk menerbangkan pesawat Airbus A380 kegemarannya di akademi latihan Etihad dalam usaha untuk membuat impiannya memandu pesawat menjadi kenyataan.
Syarikat penerbangan itu kemudian menyiarkan video pengalaman kanak-kanak itu, memaparkan keseronokannya ketika menerbangkan pesawat Airbus A380.
Adam telah menarik perhatian ramai dengan penerangannya tentang apa yang berlaku semasa penerbangan kecemasan dengan menggunakan pengetahuan penerbangan teknikal dan semasa menjalani latihan penerbangan, Adam telah diminta untuk mencuba situasi kecemasa untuk menguji reaksinya terhadap situasi tersebut.
Adam telah menghabiskan masa selama lima jam dalam latihan penerbangan itu dan kecekapan Adam turut mendapat pujian oleh juruterbang Etihad. Adam turut memberitahu media bahawa impianya menjadi juruterbang kerana dia ingin mempunyai sayap untuk terbang seperti burung.
Kru Etihad Airways turut memberikan kata semangat dan mendoakan impian Adam untuk tercapai.
The post Kanak-Kanak Usia Enam Tahun Pandu Pesawat Etihad appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment