GAMBAR DAN VIDEO MAJLIS PERTUNANGAN SUFIAN SUHAIMI DAN ELFIRA LOY

Pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi telah melangsungkan majlis pertunangan di kediaman Elfira, Alam Damai pada pukul 4 petang Jumaat.

Elfira, 23, berkata dia masih belum menetapkan tarikh pernikahan mereka namun majlis tersebut akan diadakan tahun hadapan pada bulan kelahirannya iaitu Mac.

“Alhamdulillah majlis pertunangan hari ini berjalan dengan lancar. Insya-Allah kami akan melangsungkan pernikahan pada bulan Mac tahun hadapan.

“Tarikh (nikah) belum ditetapkan sebab kami masih mencari lokasi yang bersesuaian,” kata Elfira.

Pada majlis itu, pasangan ini mengenakan dua persalinan. Elfira menggayakan rekaan Rizman Ruzaini dengan solekan Najeeb Azami.

Manakala Sufian pula memakai baju batik rekaan Fairuz Ramdan dan baju Melayu pula turut mendapat khidmat Rizman Ruzaini.

Majlis yang berlangsung secara tertutup dihadiri kira-kira 100 tetamu termasuk kedua-dua ahli keluarga pasangan berkenaan dan rakan selebriti antaranya Bella Dally, Sherry Al Hadad dan Sharifah Sakinah.

Pada Jun lalu, Sufian menghantar rombongan merisik Elfira selepas empat bulan berkawan rapat dan mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

Sumber info dan video: mStar Online
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment