Samada anda bersaiz XL ataupun kecil, setiap wanita berhak kecapi kepuasan dalam penggayaan diri. Mungkin bonus untuk yang bertubuh hour glass atau kecil mampu untuk mengenakan apa juga jenis busana bahkan tiada kesukaran buat mereka untuk membeli belah item fesyen yang diminati namun ia tidak menjadi penghalang untuk perempuan lebih gempal atau bahasa kasarnya gemuk untuk tampil menawan dengan gaya masing-masing.
Usah khuatir kerana apa yang anda perlukan adalah lima item fesyen ini yang mampu menyelamatkan keseluruhan penampilan anda. Tidak percaya? Cuba dahulu!
- Tali Pinggang
Tali pinggang mungkin hadir dalam pelbagai bentuk dan rupa. Tidak kira apa juga bentuk sekalipun tali pinggang membantu anda menghargai bentuk pinggang pada tubuh anda. Bahkan ia juga membantu anda untuk tampil lebih kemas dalam apa juga pakaian yang anda pakai.
2. Seluar denim biru gelap
Semua orang tahu yang warna gelap memberi ilusi lebih lansing. Sekiranya bahagian peha atau kaki anda lebih besar, denim warna gelap adalah item fesyen paling sesuai untuk anda. Gayakan bersama baju-t polos longgar atau kemeja oversized untuk melengkapi gaya harian anda.
3. Sepatu bertapak tebal
Usah paksa diri anda untuk cantik dengan memakai kasut yang tidak selesa. Bukan sahaja ia memberikan tekanan pada kaki bahkan ia juga boleh memudaratkan kaki anda. Pilih kasut atau sepatu bertapak tebal untuk membantu menstabilkan pergerakkan anda ketika berjalan.
4. Skirt potongan pensil
Ukuran skirt jenis ini mungkin agak sendat namun ia memberikan penampilan yang kemas dan menghargai bentuk tubuh anda secara tidak lansung. Sekiranya anda kurang selesa dan mahu menutup bahagian pinggul, adunkan ia bersama kardigan tidak berbutang paras bawah pinggang.
*Gambar ihsan: Google Image
The post Empat Item Fesyen Wajib Ada Untuk Wanita bertubuh XL appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment