Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Nikah Tahun Depan

 

Pada Jumaat lalu, pelakon, Elfira Loy telah selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya yang juga penyanyi, Sufian Suhaimi dalam sebuah majlis yang diadakan di kediaman Elfira.

Pada Jun lalu, Sufian Suhaimi telah hadir merisik Elfira Loy bersama kelaurganya sebelum mengambil keputusan untuk lebih serius dalam hubungan dengan menetapkan tarikh pertunangan.

“Pertemuan pertama dengan Elfira tidak memberikan apa-apa petandan yang kami akhirnya akan kenal lebih rapat. Kami seterusnya jadi rapat apabila ramai mula memperkatakan mengenai kami. Dipendekkan cerita, saya memberikan kejutan 23 kuntum bunga ros sebagai simbolik  angka usia 23 tahun usia Elfira dan kemudian dia ppula mengejutkan ulang tahun ke-25 saya, Mei lalu dnegna mengajak menaiki helikopter dan seterusnya meraikan hari lahir di Seremban,”- Sufian Suhaimi.

Pasangan ini juga turut menceritakan bagaimana mereka mengatasi dugaan dalam hubungan mereka.

“Biar pendek jangka masa perkenalan kami, ia tetap diuji. Ada dugaan yang datang. Jadi, apa sahaja yang tidak kena, kami memang perlu berkomunikasi. Komunikasi itu penting dan kita kena jujur. Apa yang tidak kena, kita perjelaskan secara berdepan. Macam kes isu Bigo itu, dia menghubungi saya dan Mama untuk memaklumkan keadaan sebenar. Ketika panas isu itu, saya memilih untuk tidur dan tidak gelabah. Selain dengan harapan bangun keesokkan harinya akan ada penjelasan. Jadi saya tidak boleh terburu-buru meletakkan andaian. Dalam hubungan ini, jika kita boleh menerima seseorang itu dalam keadaan baik dan sebaliknya, bererti kita sedang berusaha untuk menjaga ikatan ke tahap lebih baik,”- Elfira Loy.

Disoal mengenai tarikh perkahwinan, pasangan ini memilih untuk melangsungkan majlis perkahwinan pada bulan Mac tahun hadapan sempena dengan ulang tahun Elfira Loy sendiri.

Menurut Elfira, dia inginkan majlis perkahwinan yang kecil, cantik, teratur, tetamu menepati masa dan segala dekorasi memenuhi citarasa. Pasangan ini bercadang untuk mengadakan tiga majlis sahaja iaitu majlis nikah dan diikuti dengan dua majlis resepsi.

Menurut pasangan ini lagi, perkahwinan bukanlah titik penamat untuk kerjaya mereka. Mereka akan tetap meneruskan kerjaya mereka dan akan terus berusaha keras untuk masa mendatang termasuklah ketika dan selepas mendirikan rumah tangga.

The post Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Nikah Tahun Depan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment