Jenama global ikonik ini akan melancarkan 200 Costa Coffee layan diri di cawangan Shell Select merentasi pasarannya dalam 12 bulan akan datang. Terdapat banyak lagi Costa Coffee layan diri akan dibuka ekoran dari pelancaran awal ini. Malaysia akan menjadi salah satu pasaran yang julung kalinya memperkenalkan minuman berais dalam Costa Coffee layan diri ini.
Konsep kopi layan diri terkini Costa Coffee ini diperkenalkan oleh syarikat reka bentuk Itali, Pininfarina yang masyhur dengan kereta model Ferrari klasiknya. Setiap Costa Coffee layan diri ini menawarkan adunan istimewa Costa Coffee, Mocha Italia segar. Dengan lebih dari 200 kombinasi kopi, peluang untuk pelanggan mendapatkan minuman kegemaran mereka; dari menambah susu segar sehinggalah memilih sirap berperisa. Buat pertama kalinya, penggemar kopi di Malaysia juga akan turut berpeluang untuk menikmati minuman sejuk secara eksklusif dari Costa Coffee layan diri.
Costa Coffee kini terkenal seiring peneraju kopi terhebat dunia yang berpengalaman sejak ia ditubuhkan pada tahun 1971. Costa Coffee bersemangat dalam memperkenalkan kehebatan kopinya secara besar-besaran kepada pasaran global dengan pelancaran Costa Coffee layan diri di Malaysia yang memperkuatkan komitmennya sebagai jenama yang memberi keterujaan serta keinginan pelanggannya untuk menikmati secawan kopi yang lazat.
Scott Martin, Pengarah Urusan di Costa Express (beroperasi/bertindak sebagai rantaian Costa Coffee di Malaysia) berkata: “Kami amat gembira untuk melanjutkan operasi global kami melalui pelancaran terbaru ini di Malaysia yang sememangnya kini dinamik dan berkembang dengan budaya kopinya. Dengan kepesatan Shell di Malaysia, perkongsian ini memberikan kami platform ideal untuk memperluaskan jenama kami dalam pelbagai pasaran. Melalui kerjasama dengan Shell, kami akan cuba mengubah tanggapan pelanggan tentang kualiti kopi secara aktif yang boleh didapati di cawangan Shell Select, sama seperti apa yang telah kami berjaya lakukan di UK. Ini akan menaikkan imej Shell serta memberikan keinginan kepada pelanggan untuk kerap berkunjung ke cawangan Shell pilihan mereka.”
Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata: “Shell mengutamakan kepuasan pelanggan, kami juga bermatlamat untuk memastikan perjalanan hidup mereka lebih mudah tanpa perlu bimbang ketika berada di atas jalan raya. Kami sentiasa menaiktaraf cawangan kami termasuk ‘food oasis’ supaya para pelanggan mendapat pengalaman membeli-belah yang lebih baik pada bila-bila masa. ‘Food Oasis’ kami menawarkan kepelbagaian pastri yang segar dibakar setiap hari melalui deli2go, di samping makanan dan minuman daripada rakan perniagaan tempatan dan antarabangsa yang lain.”
Untuk senarai kafe layan diri Costa Coffee di cawangan-cawangan Shell Select terpilih, layari http://ift.tt/2gsjnQV.
The post Costa Coffee Lancar Kopi Layan Diri dengan Kerjasama Shell Malaysia appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment