Cadbury Dairy Milk Oreo – Gabungan Dua Rasa Mantap

Dua jenama paling digemari di negara ini, Cadbury Dairy Milk dan Oreo bersatu menerusi coklat premium Cadbury Dairy Milk Oreo.

Pernahkah anda terfikir bagaimana rasanya apabila Cadbury Dairy Milk digandingkan bersama Oreo? Mondelēz Malaysia, sebahagian daripada syarikat snek global terkemuka dunia, Mondelez International (Mondelēz), mempunyai jawapannya menerusi pelancaran Cadbury Dairy Milk Oreo.

Cadbury Dairy Milk Oreo, yang kini amat digemari di beberapa pasaran antarabangsa adalah kombinasi enak coklat Cadbury Dairy Milk bersama kerangupan lazat biskut Oreo, dipadankan dengan krim berperisa yang menjanjikan keseronokan dalam setiap kunyahan!

Bercakap pada majlis pelancarannya, Vikram Karwal, Pengarah Bersekutu – Coklat Asia Tenggara berkata, “Matlamat syarikat kami ialah untuk menghasilkan momen menggembirakan untuk pelanggan kami. Menggabungkan dua jenama ikonik ini untuk menghasilkan Cadbury Dairy Milk Oreo merupakansatu padanan sempurna dengan mempunyai produk yang digemari ramai. Cadbury Dairy Milk berkepingan lazat dan penuh bercoklat kegemaran anda yang ditambah dengan kerangupan yang dikenali pada waktu snek anda.”

Selepas kejayaan pelancaran Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations dan Cadbury Dairy Milk Honeycomb and Nuts, Mondelez Malaysia terus berinovasi dengan mengandingkan dua produk global didalam satu produk. Ini dapat dilihat menerusi pelancaran ini, Mondelez Malaysia telah memberikan kesinambungan kepada pengalaman yang meluas dalam pandangan pengguna, kepakaran global dalam pasaran coklat dan kecemerlangan dalam keupayaan inovasi.

Dilancarkan di pelbagai negara, Cadbury Dairy Milk Oreo mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan menarik minat pelanggan baharu dan juga bagi penggemar setia Cadbury serta Oreo. Pertumbuhan pesat dalam pasaran coklat di rantau Asia Tenggara adalah ekoran keinginan pengguna terhadap produk baharu yang inovatif, di samping tabiat menikmati snek dan kuasa membeli dalam kalangan pengguna muda.

Cadbury Dairy Milk Oreo baru boleh didapati di pasar raya besar dan pasar raya utama di seluruh negara dengan harga jualan yang disyorkan:

 RM3.30 untuk 40g
 RM4.20 untuk 60g
 RM8.90 untuk 130g

The post Cadbury Dairy Milk Oreo – Gabungan Dua Rasa Mantap appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment