Bukan Lagi Avokado atau Teh Hijau, Pandan Kini Jadi Pilihan Dunia Kulinari Antarabangsa

Penggunaan daun pandan dalam masakan bukan lagi asing dalam menu masakan di Asia Tenggara. Namun kini daun pandan bakal mengambil alih populariti avokado dan teh hijau atau kini lebih dikenali sebagai matcha dalam dunia masakan antarabangsa.

Dalam sebuah laporan di media Britain minggu lalu, chef selebriti, Nigella Lawson percaya bahawa daun pandan yang sering digunakan dalam pencuci mulut dan kek ini telah pun menjadi popular di Amerika dan pastinya akan menjadi popular di Britain juga.

Pasaran avokado dikatakan telah melonjak naik selepas Nigella memperkenalkannya satu ketika dahulu dalam rancangan masakannya. Dan media turut menganggap pandan akan jadi pilihan dan disertakan dalam banyak menu tidak lama lagi dan media menjangkakan pandan bakal menjadi salah satu superfoods dan trendy buat golongan millenial.

Bahkan salah satu restoran moden di England telah menjual ais krim perisa pandan dan ada juga yang menjual lempeng pandan. Ternyata kegunaan daun pandan kini telah memasuki peringkat antarabangsa dan telah menjadi bahan yang digemari oleh pakar masakan Barat.

Walaupun kita cukup mengenali kegunaan pandan dalam masakan mungkin tidak ramai yang peka dengan khasiat serta “kuasa” daun wangi ini. Selak halaman seterusnya untuk ketahui kenapa pandan bakal jadi sehebat superfood seperti avokado dan matcha tidak lama lagi!

Foto: INGimages, Arry, dayremax & pinterest

The post Bukan Lagi Avokado atau Teh Hijau, Pandan Kini Jadi Pilihan Dunia Kulinari Antarabangsa appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment