Bekas Penghuni Institusi JKM Diberi Kad Kenal Diri (MyInst)

Pada Ahad lalu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melancarkan kad kenal diri MyInst bagi bekas penghuni institusi kanak-kanak JKM. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersempena dengan Bulan Kebajikan Negara 2017 di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi.
 

 
Idea kad kenal diri ini diumukan oleh Dato’ Sri Rohani Abdul Karim atas inisiatif Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi di bawah KPWKM hasil sesi pertemuan bersama 26 bekas penghuni institusi kanak-kanak JKM pada Khamis lalu.
 
Kad kenal diri yang juga dikenali sebagai MyInst ini akan dibekalkan kepada semua penghuni institusi kanak-kanak yang berusia 18 tahun ke atas yang telah keluar daripada jagaan di institusi JKM. Kad ini memudahkan bekas penghuni untuk membawa dan menyimpan pengenalan diri ini untuk melancarkan urusan dengan pihak yang memerlukan pengesahan jabatan.
 

 
Menurut YB Dato’ Rohani Abdul Karim, kad ini adalah satu penambahbaikan bagi membantu anak di bawah jagaan JKM untuk memiliki dokumen pengenalan diri bekas penghuni institusi JKM.
 
Sebelum ini, bekas penghuni JKM hanya diberikan surat pembebasan keluar apabila mereka telah keluar dari institusi dan ia agak sukar untuk membawa dan menyimpan surat tersebut.
 

 
Dalam majlis pelancaran tersebut, lima bekas penghuni institusi kanak-kanak JKM telah menerima kad contoh sebagai simbolik pelancaran My Inst. Pihak jabatan komited untuk terus mempertingkatkan lagi fungsi kad ini dari masa ke semasa.
 

The post Bekas Penghuni Institusi JKM Diberi Kad Kenal Diri (MyInst) appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment