Salah satu punca kulit tampak kusam dan cepat menua adalah disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.
Disebabkan itu ianya penting untuk menggunakan krim malam yang mampu meningkatkan kemampuan membaiki sel kulit ketika wajah sedang berehat pada waktu malam.
Gunakan The Body Shop Oils Of Life Night Cream dengan tekstur menyegarkan dan mampu mencair ke dalam kulit dan selebihnya membantu kulit dibaiki semula sementara anda sedang lena dibuai mimpi.
Diperkaya dengan tiga minyak benih iaitu black cumin dari Mesir, Rosehip dari Chile dan Camellia dari China yang digabungkan dengan tujuh pati minyak – lavender, rosemary, geranium, kulit oren, lavandin, daun marjoram dan kamomil Roman – hasilnya pasti memuaskan hati anda.
“Urutkannya pada wajah, leher dan tulang bahu sebelum tidur untuk melepaskan toksin, kelesuan dan tekanan yang terkumpul sepanjang hari. Amalkannya setiap malam supaya kulit boleh dibaiki dalam keadaan paling merelakskan. Selain menjadikan kulit kembali segar, ia menaikkan keserian wajah,” kata Vanda Serrador, pakar wajah dan penjagaan tubuh The Body Shop.
Dapatkan The Body Shop Oils Of Life Night Cream, RM199 untuk kulit lebih lembap dan berseri.
Artikel berbayar ini disiarkan sempena Anugerah Seri Jelita 2017 di dalam edisi Oktober.
The post Anugerah Seri Jelita 2017: Krim Pelembap Malam Terbaik- The Body Shop Oils Of Life appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment