Selain kesihatan umum, pernahkah anda terfikir yang penjagaan oral juga penting? Sebenarnya, gigi memerlukan sama banyak perhatian seperti bahagian tubuh lain.
Memiliki gigi kurang putih dan nafas berbau bukan saja memberi kesan kepada keyakinan diri malah pada orang sekeliling.
Malah, rutin penjagaan oral yang salah boleh menyebabkan masalah mendalam bukan setakat pada permukaan gigi saja. Ianya menusuk pada gusi sekali gus mendatangkan risiko penyakit gingivitis dan periodontal.
Penggunaan Philips Sonicare DiamondClean terbukti secara klinikal mampu menyingkir plak sehingga tujuh kali lebih baik dan menawarkan pemutihan gigi terunggul sehingga empat kali lebih baik berbanding berus gigi manual hinggakan gusi akan kelihatan lebih sihat selepas hanya dua minggu.
Ia menawarkan lima mod bagi pembersihan terunggul – membersih, memutih, penjagaan gusi, sensitif dan mengilat. Mod membersih memastikan penyingkiran plak menyeluruh manakala mod memutih bertindak seperti namanya – memutih permukaan gigi bagi menyingkir cela.
Mod penjagaan gusi menggabungkan mod membersih dengan urutan lembut tambahan bagi gusi untuk meningkatkan kesihatan gusi. Mereka dengan gigi sensitif tidak perlu gusar, kerana mod sensitif cukup lembut untuk memenuhi keperluan mereka. Akhir sekali, mod mengilat mencerah dan memutih gigi, memberikan langkah penamat yang elok kepada keseluruhan rutin membersih.
Philips Sonicare Diamond Clean, RM999
Artikel berbayar ini disiarkan sempena Anugerah Seri Jelita 2017 di dalam edisi Oktober.
The post Anugerah Seri Jelita 2017: Berus Gigi Elektronik Terbaik – Philips Sonicare Diamond Clean appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment