Asas solekan yang betul akan menentukan solekan keseluruhan tampak berseri seperti diingini. Solekan tampak lebih mulus dan sekata tampa kesan bertompok.
Bedak kusyen Cyber Colors Luminious Blossom ini bukan sahaja boleh memberikan litupan sempurna, malah ia membantu mencerah dan melembapkan kulit wajah. Ia kerana ciri anti oksidannya yang tinggi berupaya melindungi kulit daripada tompok hitam akibat selaran matahari.
Lebih menarik, ia hadir dengan tiga rona yang dirumus khas dengan Jeju Cherry Essence dan Natural Plant Complex.
Cirinya yang menarik:
- Kesan melembap – Ia mengandungi Jeju Cherry Essence dan Natural Plant Complex termasuk ekstrak mangga, kamelia, daun lotus, northeast viola dan madu bagi memberikan kulit kelembapan sekali gus menjadikannya lembut dan elastik.
- Mencerah dan membaiki – Palet membaiki dengan tiga warna mengandungi bedak asas perang, krim membaiki merah jambu dank rim asas putih yang mencerahkan kulit serta memberi efek bugar yang berkesan.
- Perlindungan matahari – Produk ini mampu melindungi kulit daripada faktor persekitaran yang merosakkan seperti cahaya lembayung biru dan pencemaran udara.
Anda boleh miliki bedak kusyen hebat ini Cyber Colors SPF50PA+++ Luminous Blossom CC Cushion, RM249 di ke semua rangkaian Sa Sa di seluruh Malaysia.
Artikel berbayar ini disiarkan sempena Anugerah Seri Jelita 2017 di dalam edisi Oktober.
The post Anugerah Seri Jelita 2017: Bedak Asas Penyerlah Terbaik-Cyber Colors Luminous Blossom CC Cushion appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment