Anugerah Seri Jelita 2017: Bedak Asas Kompak Terbaik – Chosungah22 Bounce Up Pact

Bedak asas adalah tunjang kepada kanvas solekan yang sempurna dan kekal cantik. Penggunaan bedak asas yang tepat membuatkan wajah lebih mulus dan tidak bercapuk.

Gunakan Chosungah 22 Bounce Up Pact sebagai bedak asas kompak yang amat serba guna. Satu produk yang mempunyai pelbagai fungsi dan kebaikannya.

Penggunaan bedak asas kini bukan sahaja bersifat untuk menutuk cela dan memberikan litupan sempurna, malah dengan rumusan aktifnya ia boleh membantu mengurangkan kedutan dan juga melindungi kulit daripada sinaran terus UV yang bahaya.

Ini kerana, partikel bedak bedak asas kompak ini berkepadatan tinggi dengan ekstrak minyak di mana bila dilayangkan pada kulit wajah, bedaknya akan ‘tenggelam’ ke dalam kulit secara sempurna, lantas mencipta efek selicin porselin.

Apabila ekstrak minyak itu disapu pada kulit, partikel bedak dan ciri penghidratan di dalamnya akan menarik satu sama lain seakan magnet membolehkan anda meraih litupan tahan lama selain kelembapan yang lebih baik.

Diperkaya dengan 10 formula berkhasiat, bedak asas kompak ini boleh menyihatkan lagi wajah anda dan wajah akan kelihatan berseri secara semula jadi. Perlulah cuba untuk mengalami pengalaman terhebat di dalam merias wajah anda!

Miliki Chosungah22 Bounce Up Pact,RM149 di kesemua rangkaian Sa Sa di seluruh negara.

Artikel berbayar ini disiarkan sempena Anugerah Seri Jelita 2017 di dalam edisi Oktober.

The post Anugerah Seri Jelita 2017: Bedak Asas Kompak Terbaik – Chosungah22 Bounce Up Pact appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment