Teknik Mengoles Lipstik Dengan Betul

Jangan menganggap mengoles lipstik itu hanya sebagai satu olesan warna pada bibir sahaja, sedangkan ia menuntut mengaplikasikannya dengan  teknik yang betul.

Dengan menggunakan teknik yang betul, ia akan memberikan impak besar pada sesebuah seni persembahan wajah.  Bibir akan terlihat lebih mungil dan terbentuk cantik.

Antara tip yang harus dititikberatkan semasa riasan bibir ialah, perlunya untuk membuang sel kulit mati terlebih dahulu pada bibir dan sedikit sapuan pelembap untuk melembapkan bibir agar ia tidak kering dan menggelupas.

Bukan itu sahaja, pemilihan rona gincu juga memainkan peranan untuk menampakkan seulas bibir yang mungil dan mekar. Sebagai contoh, jika anda mempunyai bentuk bibir yang nipis dan kecil, elakkan menggunakan rona gincu yang gelap kerana ia akan menampakkan bibir anda lebih kecil dan tidak menyerlah. Seeloknya, sapukan sedikit pengilat bibir selepas olesan gincu bagi menampakkan bibir lebih mungil dan penuh.

Berikut ialah lima langkah yang harus anda lakukan untuk merias bibir.

  1. LEKUKAN BIBIR-Mulakan aplikasi daripada lekukan tengah antara bentuk bibir ataupun cupid’s bow. Tarik sedikit gincu anda ke bawah.

 

2. LUKIS BERSILANG – Lakukan langkah yang sama seperti di atas agar terbentuknya garisan pangkah atau silang.

 

3. LUKIS GARISAN TEPI – Kemudian, lukis garisan tepi bibir pada sebelah kanan sehingga ke bawah.

 

4. BENTUK GARISAN BIBIR – Ulang langkah yang sama seperti di atas. Ini adalah penting untuk membentuk garisan bibir yang sama dan sekata.

 

5. OLESKAN WARNA – Selepas keempat –empat langkah di atas sudah siap, anda akan lihat bibir sudah mempunyai bingkai atau garisan luar. Akhir                         sekali, penuhkan bingkai itu dengan mengoles lembut rona gincu pilihan anda.

 

Kredit: Gambar penggambaran Jelita edisi September 2017

The post Teknik Mengoles Lipstik Dengan Betul appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment