Tabah Menduduki Peperiksaan UPSR Selepas Mengebumikan Jenazah Ayah

Hati guru mana yang tidak sayu saat melihat anak murid yang kini sedang menduduki peperiksaan UPSR terpaksa berdepan dengan dugaan yang besar dalam masa yang sama. Kisah ini diinspirasikan daripada seorang guru, Cikgu Hussayn mengenai seorang pelajar tahun enam yang tabah menghadapi peperiksaan UPSR dan dalam masa yang sama terpaksa menerima pemergian bapanya.
 

 
Pada 14 September lalu, pelajar tahun enam, Azri Haziq Bin Hairul Saleh telah tiba ke sekolah untuk menduduki peperiksaan UPSR selepas jenazah ayahnya selamat dikebumikan. Lebih sayu apabila melihat pelajar ini datang dengan memakai pakaian yang dipakai sewaktu pengebumian ayahnya.
 
Di samping itu, Azri tidak menduduki peperiksaan di sekolah asalnya di SK Putraya Presint 8(2) tetapi sebagai calon tumpang di SK Rantau Panjang, Klang kerana ayahnya dikebumikan di sana.
 
Bahkan sebelum itu, Azri hadir pada jam 8.15 pagi untuk menjawab soalan Sains kertas 1 sebelum bergegas pulang untuk upacara memandikan, mengkhafankan, menatap wajah ayahnya buat kali terakhir dan menunaikan solat jenazah bersama penduduk kampung sebelum jenazah ayahnya dikebumikan.
 

 
Jelita kongsikan kisah penuh Cikgu Hussayn yang dipetik dari akaun Facebook miliknya. Semoga kisah Azri ini boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk semua.
 

Alhamdulillah.. selesai sudah anak2 tahun 6 menduduki UPSR hari ini. Tanggal 14 September 2017 adalah tarikh yg sy tidak akan lupakan sepanjang berkhidmat sbg Guru Bimbingan & Kaunseling dimana seorang anak murid sy yg kental jiwa n kuat semangatnya menduduki peperiksaan selepas jenazah ayahnya selamat dikebumikan. Allahu.. hati mana yang tidak sayu melihat ketabahan anak ini dari luar kelas menjawab soalan dengan hanya memakai baju yg dipakai ke kubur ayahnya sbntar tadi. Lebih sayu anak ini menduduki peperiksaan bukan di sekolah asalnya iaitu SK Putrajaya Presint 8(2) tetapi sebagai calon tumpang di SK Rantau Panjang, Klang kerana ayahnya dikebumikan dsana.
Sblm itu pada pukul 8.15 pagi dia juga hadir utk menjawab soalan sains kertas 1 kmdian bergegas pulang utk upacara memandikan, mengkafankan, menatap wajah ayahnya buat kali terakhir n menunaikan solat jenazah bersama penduduk kampung sblm jenazah ayahnya dikebumikan.
Inilah wajah anak didik yg sy maksudkan.. namanya Azri Haziq bin Hairul Saleh. Mari sama2 kita doakan dia tabah n kuat menghadapi ujian ini. Doakan dia berjaya suatu hari nanti n doakan juga ayahnya iaitu almarhum En. Hairul Saleh ditempatkan bersama golongan beriman. Aamiin.

*Buat azri haziq yg cikgu sayang.. andai suatu hari nanti azri baca catatan ini.. cikgu nk azri tahu yg cikgu bangga dgn kputusan yg azri buat utk terus duduki UPSR kerana tak ramai dluar sana mampu hadapi n lakukan apa yg azri lakukan hari ini. Cikgu syukur dapat bersama azri hari ini di rumah n sekolah serta smlm di bilik mayat Hospital Putrajaya. Satu kenangan yg takkan cikgu lupakan sampai akhir hayat.
*Izinkan cikgu share kisah ini ye sayang. Moga kisah azri mnjadi pndorong n pmbakar smangat buat kawan2 dluar sana. Teruskan perjuangan menuntut ilmu. Solat selalu n banyakkan berdoa. Jadi anak soleh yg mendoakan ayah ye sayang. Andai ada apa2 masalah blh dtg jumpa cikgu pd bila2 masa. Respect! Salute! UiLove!

 
Sumber: Cikgu Hussayn

The post Tabah Menduduki Peperiksaan UPSR Selepas Mengebumikan Jenazah Ayah appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment