Kesan perpisahan antara suami isteri biasanya mudah dihadapi dan dikendali pasangan kerana masing-masing sudah nekad dan tahu punca ingin membawa haluan masing-masing. Sama ada berpunca daripada orang ketiga atau tidak lagi sefahaman, menuju ke detik perpisahan adalah sesuatu yang sudah dijangka, menjadikannya lebih mudah untuk ditelan.
Pasangan yang berhadapan dengan situasi ini sudah pasti dapat menerima keputusan mereka dengan hati yang terbuka. Terutama jika mereka berpisah secara baik iaitu dipersetujui kedua-duanya. Namun, bagi perpisahan yang menimbulkan konflik, kesannya amat berbeza. Terutama sekali terhadap anak yang menjadi saksi dan pemerhati pergolakan yang berlaku antara kedua-dua ibu bapanya.
Gambar: INGimage
Apatah lagi jika ada pertengkaran, ibu bapa biasanya lupa kerana terlalu menginginkan perpisahan. Anak yang memerhati pula mungkin terkunci mulut dan pasangan ini hanya menganggap mereka harus menerima keadaan itu tanpa memikirkan kesan kepada hati dan perasaannya.
Perceraian memberi kesan kepada peribadi si anak
Sebelum membuat keputusan untuk bercerai, ibu bapa perlulah berfikir semasak-masaknya. Jangan hanya mementingkan prasaan sendiri sebaliknya cuba fikirkan mengenai perasaan si anak yang akan menanggungnya. Cubalah berpisah dengan baik dan jangan timbulkan konflik yang mampu mempengaruhi anak. Perpisahan yang menimbulkan masalah mampu membentuk peribadi negatif si anak.
- Tiada lagi keluarga sempurna
Ini kesan yang sangat dirasai anak apabila ibu bapanya berpisah. Dia tidak lagi dapat merasa kebahagiaan dan kegembiraan yang dikecapi sewaktu ibu bapa masih bersama. Institusi kekeluargaan tidak wujud lagi apabila ibu bapa tinggal berasingan dan perhatian kepada anak juga terpaksa di ataur supaya sama rata. Bagi ibu bapa ini mungkin jalan yang terbaik, tetapi untuk si anak dia sukar untuk menerimanya. Paling menyedihkan apabila hubungan adik beradik juga terpaksa dipisah.
- Menjadi murung dan rendah diri
Ini berpunca daripada pertelingkahan ibu bapa yang sering didengar dan dilihat ibu bapa. Kemarahan dan kesedihan yang dilauhkan memberi kesan yang mendalam kepada anak. Secara tidak langsung perasaan mereka juga akan terguris. Disebabkan banyak memendam rasa, anak akan menjadi pendiam dan suka menjauhkan diri daripada orang sekeliling.
- Membentuk sikap negatif
Ada sesetangah ibu bapa melepaskan kemarahan mereka terhadap anak. Kesannya anak akan menjadi seorang yang pendendam. Bagi melepaskan kemarahannya, dia akan melakukan pelbagai perkara termasuk membuli rakan sendiri atau melakukan pelbagai kesalahan bagi mengubati hatinya yang terluka.
- Hilang tumpuan
Disebabkan terlalu sedih dengan sikap ibu bapa dan terkesan dengan perpisahan yang berlaku, anak akan mudah hiloang tumpuan kerana memikirkan konflik yang berlaku di dalam keluarganya. Ini menyebabkan dia mula hilang minat untuk belajar.
- Kurang didikan agama dan bimbingan
Anak tidak akan mendapat perhatian yang sempurna daripada ibu bapa apabila mereka bercerai dan si anak perlu tinggal bersama salah seorang daripadanya. Bimbingan dan perhatian yang sepatutnya diberi tiada lagi dan ini menyebabkan anak diabaikan tanpa mereka sedari.
The post Perpisahan Ibu Bapa Beri Kesan Peribadi Kepada Anak appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment