Our Space Memperkenalkan Ruang Kerja Yang Mewah Di Malaysia

Our Space, sebuah syarikat pembekal ruang kerja global yang berpangkalan di United Arab Emirates dengan kerjasama bersama MasteryAsia, sebuah organisasi kejurulatihan dan bimbingan global di Malaysia telah bekerjasama untuk membawa ruang kerja yang mewah di Malaysia. Bermula di Marbella, Sepanyol dan bakal dibuka di Dubai, Our Space turut merancang untuk membuka ruang kerja mewah di Manchester, Leeds, Singapura, Kuala Lumpur, Miami dan juga Hong Kong dalam masa yang terdekat ini.
 

 
Selaras dengan misi Our Space untuk membuka 50 ruang kerja yang selesa di 12 bandar utama di seluruh dunia dalam tempoh lima tahun akan datang, Malaysia akan melihat lokasi Our Space pertama yang bakal dibuka di Kuala Lumpur. Ruang bekerja adalah sektor yang paling pesat berkembang dalam industri hartanah komersil di seluruh dunia terutama sekali di Asia.
 
Ruang kerja (Coworking) telah menjadi sasaran utama di kalangan usahawan di bandar utama di rantau ini dan juga di luar negara. Ruang kerja yang lebih fleksibel, berpatutan dan produktif lebih di sukai oleh ahli perniagaan muda yang baru ingin memulakan perniagaan dan juga ahli perniagaan yang sudah berjaya.
 

 
Para saintis juga berjaya membuktikan bahawa tahap kebimbangan dan tekanan yang dialami manusia akan menjadi lebih rendah jika mereka bekerja dalam suasana yang selesa. Malah, manusia akan menunjukkan peningkatan daya kreativiti, tenaga dan produktiviti jika mereka bekerja dalam persekitaran yang dikelilingi oleh tumbuhan- cahaya semula jadi dan udara segar.
 

 
Ruang kerja Our Space menawarkan suasana tempat kerja yang dilengkapi dengan kemudahan yang diperlukan. Bahagian dalaman ruang kerja ini direka dengan suasana yang dipenuhi dengan kehijauan, cahaya matahari dan juga bunyi air yang menenangkan. Ruang kerja ini dicipta dengan visi untuk menghubungkan manusia dengan alam semula jadi dan teknologi melalui reka bentuk pintar.
 

The post Our Space Memperkenalkan Ruang Kerja Yang Mewah Di Malaysia appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment