Keropok Kegemaran Ramai Kini Berwajah Baru

Miaow Miaow Food Products Sdn Bhd, salah satu pengeluar makanan ringan terkemuka di Malaysia mengumumkan inisiatif pemasaran terbarunya, di samping melaksanakan penjenamaan semula.

Ditemui ketika majlis pelancaran logo dan pembungkusan baru produk, Chink Poh Cheng, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Miaow Miaow berkata, “Dalam situasi ekonomi hari ini yang dipacu oleh teknologi, kehendak pasaran dan globalisasi mendorong kepada perubahan yang memerlukan syarikat-syarikat untuk bertindak lebih pantas dan lebih peka terhadap perubahan kehendak dan citarasa pengguna. Peningkatan tekanan persaingan juga memendekkan kitaran hidup produk. Untuk kekal berdaya saing, kita perlu selalu bersedia dan berusaha untuk sentiasa berada di hadapan.”

Menurutnya lagi, melalui hala tuju pemasaran baru ini mensasarkan orang ramai yang mencari snek waktu rehat, sekaligus meletakkan rangkaian produk syarikat sebagai makanan ringan yang mengeratkan lagi hubungan ahli keluarga, sahabat handai dan rakan sekerja.

Rupa bentuk pembungkusan baru yang dilancarkan hari ini melibatkan lima jenis makanan ringan klasik Miaow Miaow – Snek Kekacang Hijau, Keropok Perisa Udang, Keropok Perisa Sotong, Gegelang Keju and Keropok Perisa Ayam. Rupa bentuk pembungkusan baru ini direka khas untuk menggambarkan slogan syarikat yang baru ‘Heart Miaowting Taste’ disamping logo dan jenama Miaow Miaow yand diberi nafas baru.

Majlis pelancaran logo dan pembungkusan baru syarikat ini telah dihadiri oleh Ir Dr Mohd Shahreen Zainooreen B. Madros, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, agensi promosi perdagangan kebangsaan yang sentiasa memimpin dan memberi bantuan kepada syarikat-syarikat IKS seluruh negara dalam mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global. Ir Dr Mohd Shahreen dalam ucapannya berkata, “Jenama Miaow Miaow yang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia berbagai lapisan umur, mempunyai prestasi yang baik di luar negara. Untuk berada di dalam 40 buah negara, ianya bukanlah perkara yang mudah. Ia adalah jenama  yang amat baik dan kami di MATRADE sangat berbesar hati melihat jenama Malaysia berjaya dengan cemerlang di luar negara. Miaow Miaow Food Products pastinya sebuah syarikat yang patut dicontohi oleh syarikat-syarikat lain.”

Syarikat itu juga telah melabur lebih RM10 juta untuk membina 43,600 kaki persegi kilang baru bagi menghasilkan pelet, elemen penting dalam pengeluaran snek puff. Dibina bersebelahan kilang sedia ada bersaiz 99,910 kaki persegi di Batu Pahat, Johor, pembinaan kilang baru dengan tambahan barisan pengeluaran ini akan mempunyai kapasiti untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran pelet sebanyak dua kali ganda, daripada 9 tan sehari kepada 25 tan sehari. Ketika ini, Miaow Miaow Food Products secara puratanya mengeluarkan 7 juta peket snek sebulan. Kilang yang baru akan mula beroperasi pada hujung tahun 2017.

The post Keropok Kegemaran Ramai Kini Berwajah Baru appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment