Sudah masyhur di seluruh dunia, H&M Beauty kini hadir di Malaysia mulai pertengahan September 2017 ini.
Ramai ternanti-nantikan akan kemunculan jenama terkenal dari Sweden ini untuk memulakan jualan rangkaian produk kecantikan yang rata-ratanya sudah ada di seluruh dunia.
Pada 14 September 2017 ini, H&M Malaysia akan membuka ‘jabatan kecantikannya di empat stor utama iaitu H&M Lot 10, Avenue K, 1 Utama dan Sunway Pyramid.
Sang pencinta dunia solekan pasti tidak sabar untuk memiliki lebih 1,000 produk kosmetik, penjagaan wajah, tubuh dan gajet kecantikan selain disajikan dengan tawaran promosi serta aktiviti menarik di rangkaiannya.
Dengan pelancaran konsep kedua selepas H&M Home yang menjual barangan kelengkapan rumah, satu bahagian stor H&M akan diubah dan dikhususkan buat sudut kecantikan dengan rekaan minimalis bagi menempatkan produk kecantikan musim ini.
Di samping pelbagai tawaran produk tersebut di atas, H&M juga akan memperkenalkan koleksi High Summer edisi terhad sebagai sebahagian daripada pelancaran konsep penuh berkenaan yang anda boleh dapatkan di H&M Lot 10 dan Avenue K. Tidak kira untuk diguna di bandar atau sewaktu percutian di pantai, koleksi istimewa ini akan membuat semua pencinta dunia kecantikan penampilan musim panas yang memukau.
Sebagai menyambut pelancaran ‘jabatan’ terbaru ini di empat kedai berkenaan, H&M akan menawarkan diskaun 20 peratus kepada anda yang membeli lima atau lebih produk kecantikan mulai 14 hingga ke 17 September ini.
Bukan itu saja, pelbagai hadiah dan aktiviti menarik akan diadakan di H&M Lot 10 dan Avenue K selain peluang meladeni diri dengan urutan tangan berdasarkan siapa cepat dia dapat pada 14 dan 15 September daripada jam 12 tengahari sehingga 2 petang, dan pada 16 dan 17 September dari jam 2 petang hingga 5 petang.
TREND UTAMA MUSIM INI
Menurut H&M, kulit berseri adalah kunci utama gaya dan produk terbaru H&M mampu mencipta penampilan tanpa cela ini. Anda boleh menambah Custom Colour Drop pada bedak asas cecair atau pelembap untuk meraih tona yang tepat bagi kulit anda.
Illuminising Drops juga boleh memberi efek seri dan tanpa cela yang anda inginkan. Sudahkan dengan Double-Ended Stick iaitu penyamar noda dan highlighter yang turut dijual dalam koleksi ini.
Rona neutral masih jadi tumpuan bagi bibir dan mata tetapi trend terbesar adalah menggunakan rona permata yang kuat. Hijau emerald, merah gading, kuning topaz dan ungu amethyst boleh dilayangkan pada mata dan anda tidak perlu gentar untuk tampak polos.
Bagi peminat gincu, banyak warna menawan jadi pilihan. Merah, perang, merah jambu dan beri pasti memberi impak namun, tekstur memainkan peranan penting selain warnanya. Pilih daripada tekstur super-matte, super-glossy dan apa saja di antara keduanya dalam koleksi terbaru ini.
The post H&M Lancarkan Produk Kecantikan appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment