Gelar Netizen Bongok, Jaa Suzuran Kena Maki Tak Tahu Maksud Dj & Penyampai Radio?

Jaa Suzuran atau nama sebenar Faizal Ahmad antara penyampai radio yang sedang meningkat naik. Selain suaranya sering didengar di corong radio, Jaa juga selalu tampil dengan video-video kelakar di media sosial. Kira ada peminat dan pengikur tersendiri lah.

Baru-baru ini Jaa dikecam pengguna Twitter kerana tak mengaku pekerjaan dia sekarang iaitu penyampai radio juga digelar sebagai sebagai deejay.

“Dj spin lagu kat club”

Dakwa Jaa, Dj sebenarnya pekerjaan mereka yang memutarkan lagu di kelab-kelab malam, bukan pekerjaan seperti dirinya. Betul ke? Sure?

Dj, penyampai radio sama je

Netizen bagaimanapun tidak bersetuju dengan penjelasan Jaa itu kerana menerusi carian Google, Dj juga boleh merujuk kepada penyampai radio. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga;

Juruhebah radio adalah seseorang yang bekerja untuk menyampaikan berita dan pengumuman atau lebih dikenali sebagai deejay radio yang menggunakan suaranya untuk menyampaikan sesuatu mesej atau maklumat dan berita di siaran radio.

So konklusinya Dj dengan penyampai radio itu sama jelakan?

Sumber: Twitter

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment