EH! edisi Oktober berwajah baharu. Ya, seiring dengan ulang tahun ke-18 bulan ini, EH! mahukan sesuatu yang lebih segar. Menghiasi muka depan EH! edisi ini ialah Elfira Loy, bintang muda yang punya ramai pengikut. Bersama EH!, Elfira berbicara tentang rejim cantik juga secara eksklusif kisah perhubungannya bersama penyanyi, Sufian Suhaimi. “Sufian orangnya sangat penyabar,” kata Elfira.
Di halaman kecantikan kami mengumpul empat selebriti ternama untuk sama-sama berkongsi rahsia kecantikan mereka, datang dari pelbagai latar belakang dan usia, keempat-empat mereka punya rejim cantik berbeza-beza. Baca amalan cantik Eyka Farhana, Nana Mahzan, Dynas dan juga Amy Mastura. Kami juga kumpulkan petua cantik dari seluruh dunia untuk anda cuba.
Manakala halaman fesyen pula sarat dengan pelbagai ilham juga idea penggayaan aksesori. Lihat barisan sepatu, beg tangan jugan perhiasan diri yang sedang hangat.
Menerusi edisi ini juga setiap penulis EH! akan berkongsi pengalaman juga ilham peribadi mereka menerusi ruangan istimewa. Mereka berkongsi reviu jujur tentang satu-satu produk, menunjukkan cara menggayakan item fesyen juga berkongsi resipi masakan.
The post EH! Oktober 2017 appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment