Dari “Jalan- Jalan Cari Makan,” UberEats bawakan “Tekan Butang, Mari Makan.” Kini, dengan aplikasi UberEats, anda boleh mendapatkan hidangan kegemaran anda dengan satu butang sahaja.
Mulai hari ini (21 Septermber 2017) aplikasi UberEats akan menghubungkan rakyat Malaysia dengan makanan yang mereka gemari. Aplikasi UberEats membenarkan rakyat Malaysia menikmati kuasa untuk memilih dengan hanya satu sentuhan butang bagi meraih pengalaman kulinari dan pilihan makanan yang lebih banyak sama ada di rumah sendiri atau di mana sahaja mereka berada.
Pelancarannya di Malaysia menandakan satu lagi pencapaian buat UberEats, yang kini sudah berada id 27 negara dan lebih 100 bandaraya di dunia. Tidak perlu lagi menempuh kesesakan lalu lintas, berebut tempat letak kereta atau beratur untuk menikmati pelbagai jenis makanan, minuman dan pencuci mulut daripada 200 rakan restoran yang tersedia dalam aplikasi UberEats ketika pelancaran.
Senarai restoran awal pada aplikasi ini termasuk pelbagai menu kegemaran rakyat Malaysia selain citarasa negara Asia lain dan juga Barat daripada rakan restoran di Kuala Lumpur. Antara rakan restoran yang ketika ini aktif pada platform ini termasuk Nasi Lemak Antarabangsa, Inside Scoop, Restoran Sitka dan Mikey’s Original New York Pizza.
UberEats mula berkhidmat di kejiranan KL, di daerah perniagaan pusat Kuala Lumpur, Bangsar dan Bukit Damansara dari jam 9 pagi sehingga tengah malam, tujuh hari seminggu; dengan rancangan untuk meluaskan rangkaian dalam masa terdekat. Bayaran boleh dibuat menerusi kad kredti dan debit, dengan masa penghantaran dianggarkan selama 35 minit. Yuran penghantaran akan dikenakan sebanyak RM5.00 dan tiada pesanan minimum. Tambahan lagi, UberEats Malaysia telah bekerjasama dengan JAKIM untuk memastikan cara penghantaran adalah berdasarkan tetapan halal.
Bukan Sekadar Aplikasi Penghantaran
Selain daripada memberikan kemudahan kepada pelanggan untuk menikmati hidangan pilihan dengan hanya satu butang, ia juga menawarkan peluang ekonomi kepada rakan penghantar. Dengan pelancaran UberEats, ia dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan yang fleksibel buat rakyat Malaysia.
Teknologi UberEats turut memberikan pemilik restoran satu alat untuk memperbaiki perniagaan menggunakan analitik dan pemahaman mendalam bagi membuat keputusan berpandukan data yang lebih baik.
Gambar: Sumber Google
The post Dapatkan Makanan Kegemaran Dengan Aplikasi UberEats appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment