ASHRAF MUSLIM TERPAKSA JALANI PEMBEDAHAN TELINGA

Pelakon Ashraf Muslim terpaksa menjalani pembedahan kecil pada bahagian telinga kirinya bagi membuang lebihan cecair pada Isnin lalu. Ashraf berkata pembedahan terpaksa dilakukan selepas mengalami masalah itu sejak sebulan lalu namun keadaannya tidak serius.

“Hanya pembedahan kecil sahaja bagi mengeluarkan lebihan cecair dalam telinga dan sekiranya ia dibiarkan ia boleh menyebabkan keadaan lebih serius.

“Kebetulan saya tengah lapang sekarang jadi terus pergi hospital untuk buat pembedahan kecil itu,” katanya dipetik laporan mStar Online.

Dalam pada itu, Ashraf berkata dia tidak mengetahui punca sebenar dia mengalami penyakit itu namun ia berkemungkinan disebabkan jangkitan kuman.

“Doktor ada beritahu ia berkaitan dengan jangkitan kuman atau pun trauma pada bahagian telinga seperti ada tekanan atau pun posisi tidur yang menutup telinga terlalu lama.

“Hendak kata saya mengalami trauma tidak pula dan berkemungkinan ia berkaitan dengan jangkitan kuman,” ujarnya.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment