Untuk memiliki kulit yang bersih, sihat dan berseri bukanlah sesuatu yang mustahil. Semuanya bermula daripada rutin penjagaan wajah anda.
Rutin penjagaan wajah yang lengkap haruslah merangkumi tiga langkah utama iaitu membersih, menyegar dan melembap. Namun, sebelum anda memulakannya, sejauh manakah anda mengenali jenis kulit wajah anda?
Ini kerana, jika anda menggunakan produk yang tidak bersesuaian dengan kulit, maka tidak hairanlah ia tidak membawa sebarang tanda positif pada kulit wajah. Malah, ada juga kulit yang memberi tindak balas negatif sebaik sahaja produk yang salah ‘menyentuh’ lapisan kulit anda.
Terdapat lima jenis kulit iaitu normal, kering, berminyak, sensitif dan kombinasi. Di antara ini, yang mana satukah anda miliki? Kebiasaannya, jenis kulit akan berubah mengikut peredaran masa. Contohnya, jika anda masih remaja, anda cenderung untuk untuk memiliki kulit yang berminyak dan sensitif.
Kenali Jenis Kulit Wajah Anda
Kulit Normal – Umumnya, kulit terlihat bersih dan tidak mempunyai sebarang cela ataupun ketidaksempurnaa. Kulit wajah yang sering menjadi dambaan semua wanita.
Kulit Kering – Kulit yang kekurangan air dan lembapan. Ia mudah menggelupas, terasa kasar dan kelihatan kusam. Selain itu, garisan halus pada kawasan mata dan dahi juga mudah dilihat.
Kulit Berminyak – Mempunyai liang pori yang besar, bintik hitam dan jerawat. Selain itu, sentiasa terdapat kesan kilatan terutamanya pada Zon T.
Kulit Sensitif – Kulit terlihat nipis dan mudah terkena dengan luka, kemerah-merahan dan sebagainya.
Kulit Kombinasi – Minyak berlebihan pada kawasan Zon T dan kering pada bahagian pipi.
Setelah sudah mengenal pasti jenis kulit, anda kini boleh menumpukan perhatian terhadap produk yang bersesuaian dengan jenis kulit. Kini tidak susah kerana terdapat lambakan produk yang anda boleh pilih. Ada yang murah, mahal, berbau harum, tanpa pewarna, dan banyak lagi.
Jika anda menggunakan rangkaian produk yang sama dalam tempoh seminggu dan mendapati kulit muka anda sedikit kasar dan mulai ditumbuhi dengan ruam-ruam halus, itu adalah gejala alergi. Hentikan penggunaan pencuci muka tersebut dalam kadar segera.
Tip Memilih Pembersih Wajah Mengikut Jenis Kulit Anda
Kulit Normal – Sesuai menggunakan semua jenis pembersih wajah. Namun, seeloknya, gunakan pembersih wajah yang berasaskan susu kerana ia bersifat lembut.
Kulit Kering – Elakkan produk yang mengandungi alkohol dan minyak. Ini akan membuatkan kulit menjadi lebih kering.
Kulit Berminyak – Gunakan pembersih wajah dengan kandungan PH yang rendah bagi membuang sebum dan minyak berlebihan.
Kulit Sensitif – Elakkan pembersih wajah yang mengandungi pewangi, minyak atau bahan kimia yang boleh merengsakan kulit.
Kulit Sensitif – Pilih pembersih wajah yang lembut, dan berasaskan ekstrak semulajadi.
Tip:
Pelembap muka juga amat penting untuk memelihara kesihatan dan kecantikan kulit. Pelembap muka biasanya didatangkan dengan kebaikan seperti di dalam krim tabir suria bagi melindungi anda yang tidak bersolek. Pelembap yang baik adalah apabila ia dihasilkan daripada bahan-bahan natural seperti teh hijau dan aloe vera.
The post Apakah Punca Kulit Kusam Dan Tidak Berseri? appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment