World Fashion Week Malaysia 2017 mengalu-alukan penyertaan bakat baru dalam industri fesyen dengan tema budaya dan alam semula jadi. Acara ini akan mendedahkan pereka tempatan yang baru muncul mengorak langkah ke pentas antarabangsa dengan 20 penyertaan tempatan yang mewakili Malaysia di World Fashion Week, Paris 2017.
Acara tahun ini telah menerima sejumlah peserta dari pelbagai Negara. Antaranya adalah di kalangan 110 peserta yang akan mewakili negara Sepanyol, Afrika Selatan, Argentina, Kanada, Thailand, Indonesia, Tanzania, Rusia, Sweden, Mexico, Senegal, Jepun, China, Vietnam, Columbia, Itali, Nigeria, Amerika Syarikat dan banyak lagi.
Memperjuangkan industri fesyen dan tekstil global untuk menjana pertumbuhan ekonomi, aktiviti keusahawanan, pemahaman budaya dan memperkasakan wanita di negara-negara membangun ke arah pembasmian kemiskinan antara misi utama penganjuran World Fashion Week tahun ini.
WFW Malaysia 2017 akan menjadi platform antarabangsa untuk para pereka fesyen dan profesional industri dari seluruh dunia untuk mempamerkan bakat mereka kepada pasaran Asia yang semakin berkembang serta pasaran global secara keseluruhan.
Dengan tema ‘Eco Fashion & Lifestyles – Cintai Alam’, WFW Malaysia 2017 adalah meraikan seni fesyen seiring dengan identiti budaya dengan mempamerkan pertunjukan fesyen oleh pelbagai negara. Acara itu akan mengumpulkan ribuan pelawat dari Malaysia dan komuniti antarabangsa, serta pembeli utama, peruncit dan rakan media antarabangsa termasuk penyiar global rasmi – FashionTV yang akan menjangkau lebih dari 300 juta orang penonton dari 190 buah negara.
Acara antarabangsa itu akan memperlihatkan pertunjukan fesyen oleh pelbagai negara, mengetengahkan koleksi dan trend bagi tahun 2018, serta pertandingan pereka dan fotografi, di mana pemenang akan menyertai Supermodel Adriana Lima dalam Siri TV Hollywood yang akan datang “American Beauty Star” tahun 2018. Pemenang juga akan menyertai Week World Fashion Week® Paris 2017/18, di antara acara antarabangsa yang lain.
The post World Fashion Week Kini Di Kuala Lumpur appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment