tvN MOVIES Mempersembahkan The Battleship Island Star Tour

CJ E&M dengan bangganya mengumumkan bahawa tvN Movies (saluran filem blockbuster Korea) memasuki rangkaian Astro. Bermula 1 Ogos, tvN Movies tersedia on demand pada Astro GO dan Astro TV saluran 435 yang menawarkan filem Korea yang eksklusif.

tvN Movies meneruskan misi memperkenalkan filem Korea kepada penonton Asia Tenggara dengan bekerja bersama pengedar filem, Clover Films dan GSC Movies Sdn Bhd untuk membawakan The Battleship Island Star Tour di Malaysia. Semasa star tour itu nanti, pelakon Hwang Jung-min, So Ji-sub, Song Joong-Ki dan pengarah Ryoo Seung-wan akan datang ke Malaysia untuk bertemu dengan orang ramai dan juga media.

Penampilan bintang pujaan The Battleship Island yang sangat dinanti-nantikan akan bermula di Pintu Utama Pavilion Kuala Lumpur pada 7 malam 9 Ogos ini, diikuti dengan Gala Premiere di GSC Pavilion KL. Peminat tvN dan pelanggan Astro akan berpeluang untuk memenangi pas perdana ke Gala Premiere The Battleship Island pada 9 Ogos ini.

Pertandingan untuk pelanggan Astro bermula sekarang hingga 6 Ogos 2017. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peraduan serta terma dan syarat, sila layari http://ift.tt/1itiz5A. Peminat tvN Movies pula boleh menyemak Facebook mereka (@Ch.tvNMovies) untuk info lanjut.

Membawakan lebih 20 filem Korea pada tahun pertama yang dirasmikan secara eksklusif di Malaysia, tvN Movies memberikan pengalaman paling mengujakan sepanjang menonton cerita Korea di rumah!

The post tvN MOVIES Mempersembahkan The Battleship Island Star Tour appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment