Bahagian intim adalah bahagian yang paling penting sekali buat seorang wanita terutama bagi wanita yang sudah berkahwin. Jadi apabila terhidu bau yang kurang menyenangkan daripada kawasan intim, anda harus berhati- hati kerana pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan bahagian intim anda dan ia perlu diberikan perhatian. Jelita kongsikan tip untuk mendapatkan bahagian intim yang sihat.
Gambar: Shutterstock
- Bagi mengelakkan kawasan permukaan alat sulit terlalu lembap, anda dinasihatkan untuk memakai pakaian dalam daripada fabrik kapas.
- Elakkan memakai pakaian dalam dan seluar pada waktu malam. Lebih elok memakai baju tidur.
- Seeloknya bawa lebih daripada satu pakaian dalam ketika keluar. Ini bagi memudahkan anda menukarnya sekerap yang perlu.
- Elakkan mengambil antibiotik yang tidak diperlukan kerana ini akan mengganggu kseimbangan pH.
- Bersihkan kawasan intim selepas melakukan hubungan.
- Sentiasa bersih dan lap kawasan intim bermula dari bahagian hadapan hingga belakang.
- Kerap tukar tuala wanita sewaktu haid
- Elakkan tekanan
- Guna pembersih wanita yang mengekalkan keseimbangan pH dan mempunyai tekstur yang lembut.
The post Tip Dapatkan Bahagian Intim Yang Sihat appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment