Selain berniaga menggunakan kaedah atas talian, selebriti tempatan juga berpeluang mengembangkan perniagaanya di laman sesawang, Shopee iaitu pasaran sosial mudah alih terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan. Terbaru, artis Izzue Islam, Yana Samsudin dan Fouziah Gous melancarkan kedai rasmi atas talian mereka di platform ini.
Menariknya, selebriti tersebut dapat menikmati insentif yang menjadikan Shopee platform dalam talian pilihan ramai termasuk penghantaran percuma seluruh negara dan komisyen sifar dalam menawarkan penjimatan kepada pelanggan dan peniaga. Pada masa yang sama, mereka yang menyertai kempen perdana Shopee seperti jaminan harga terendah dan shocking sale akan menerima tawaran unik pada harga RM9 bagi setiap tarikh 9 hari bulan sepanjang tahun.
Shopee X Izzue Islam (http://ift.tt/2u2Vo3T)
Anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang yang telah merangkul pelbagai anugerah ini akan melancarkan jenama kanta lekap Lookalike yang didatangkan dalam 7 warna menarik untuk menepati cita rasa penggemar fesyen. Setiap kotak kanta lekap dijual pada harga RM55.
Shopee X Yana Samsudin (http://ift.tt/2uiyuB9)
Selepas menempa nama dalam bidang hiburan tanah air sejak lebih 10 tahun yang lalu, Yana Samsudin adalah satu nama yang meniti di bibir peminat. Gadis kelahiran negeri Johor ini menampilkan koleksi hijab eksklusif berjenama Ayana Hijab pada harga berpatutan. Di samping menawarkan rekaan yang terkini kepada peminat fesyen Muslimah, Ayana Hijab menjamin keselesaan bagi pemakaian jangka panjang, tidak kira siang atau malam. Ayana Hijab boleh didapatkan di Shopee pada harga antara RM25 dan RM189.
Shopee X Fouziah Gous(https://.shopee.com.my/fouziahgous)
Seorang lagi bintang serba boleh yang telah menyertai Shopee untuk mempromosikan jenama sendiri ialah Fouziah Gous. Sementara rakan selebritinya menghasilkan rekaan fesyen, Fouziah telah mengambil langkah berbeza dengan memperkenalkan produk makanan tambahan, FG Walet. FG Walet dihasilkan daripada sarang burung tempatan yang kaya dengan mineral seperti zink, kuprum, sodium, potasium, gliko-protein boleh terlarut dan asid amino. FG Walet kini boleh didapatkan di Shopee pada harga RM168 setiap set yang mengandungi 6 kotak.
The post Selebriti Tempatan Berniaga Di Shoppe appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment