Rahsia Kecantikan Sherry Ibrahim

Mempunyai raut wajah yang cantik, kulit yang mulus dan senyuman manis, itulah daya penarik utama buat pelakon dan pengacara popular, Sherry Ibrahim.

Auranya semakin menyerlah selepas mengenakan hijab dan membuatkan ramai yang tertanya, apakah rahsia kecantikan yang diamalkannya.

 

Sherry dilihat mempunyai kulit wajah yang mulus dan bersih. Boleh kongsikan apakah rutin penjagaannya?

Saya tidak akan tinggalkan rutin yang wajib. Pertama, harus tanggalkan solekan dengan makeup remover. Kemudian, bersihkan wajah dengan sabun pembersih, diikuti dengan penyegar, krim siang dan krim malam. Selain itu, saya akan pupur wajah dan memakai mask setiap minggu untuk menyingkirkan sel kulit mati dan memperbaharui sel kulit.

 

Lipstik berona merah atau tanah? Yang mana sering jadi pilihan Sherry?

Saya suka kedua-duanya kerana ia sesuai dengan tona kulit saya.

 

Ada mengamalkan suplemen tambahan untuk kesihatan dan kecantikan?

Ya ,ada. Saya mengamalkan pengambilan seperti Vitamin C, Kalsium, Evening Primrose Oil, dan minuman kolagen. Ini semua penting untuk penjagaan kulit, rambut dan kesihatan secara luaran dan dalaman.

 

Jenis haruman yang digemari?

Saya gemarkan haruman berbau Arab seperti bauan Ros  kerana ia menyuntikkan rasa segar. Antara yang sering jadi pilihan saya, ialah Aqua Giorgio Armani dan Chanel Chance.

 

Jika berkunjung ke pusat kecantikan, apakah rawatan yang sering menjadi pilihan?

Setiap bulan saya pasti akan berkunjung ke spa kecantikan dan rawatan kegemaran tentulah urutan badan menggunakan minyak aromaterapi.

 

Gambar: Instagram Sherry Ibrahim 

The post Rahsia Kecantikan Sherry Ibrahim appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment