Rahsia Kecantikan Fatiya Latiff

Siapa yang tidak mengenali aktres, Fathia Latiff? Kecantikan dan berpersonaliti menarik, menjadi pelengkap kepada pesona wanita tinggi lampai ini. 

Menjalankan perniagaan tudung sendiri di bawah label ‘Dara by Nur Fathia’, Fathia berkongsi bersama Jelita rejim kecantikan ringkas yang diamalkannya sejak mula berhijab penuh.

Sebagai seorang yang berhijab, apakah rutin penjagaan rambut yang anda praktikkan?

Saya hanya menggunakan syampu dan perapi rambut untuk mengekalkan kelembapannya. Saya tidak lagi bergantung kepada salon untuk keperluan rambut, penjagaan rambut yang ringkas di rumah cukup untuk memastikan rambut saya  sentiasa tampil sihat.

 Apakah rahsia nombor satu Fathia untuk kulit wajah sihat dan berseri?

Saya mengamalkan habbatus sauda‘, madu, minyak zaitun, dan minyak kelapa dara sebagai solusi sihat untuk mencapai keserian kulit. Tidak ramai yang sedar, bahan-bahan ini baik untuk mereka, bukan sahaja untuk kulit kerana ia bersifat anti-penuaan, tetapi juga dalaman. Selain itu, jangan sesekali lupa oleskan losen pelindung matahari pada kulit sebelum mengenakan solekan. Itu sangat penting! Juga, tidak kira betapa letihnya diri, cuba untuk tanggalkan solekan dan oles krim malam secara lembut sebelum tidur.

Bau-bauan yang digemari?

Saya senang dengan bauan semula jadi dan manis. Kegemaran saya adalah Far Away jenama Avon yang memberikan percikan aroma lembut didominasi haruman bunga-bunga eksotik.

Fathia tampil menawan dengan bentuk badan yang langsing. Apakah yang anda amalkan untuk mengekalkan tubuh badan yang ideal?

Saya tidak mengamalkan sebarang diet yang agresif, tetapi sewaktu bekerja, saya menjadi lebih peka terhadap makanan yang diambil. Saya tidak memilih hidangan yang berat sebaliknya membuat pilihan yang lebih ringan dan sihat seperti buahan dan sayur-sayuran.

Tip kecantikan Fathia?

Adalah lebih baik untuk menggunakan pendekatan semula jadi dalam menjaga penampilan diri. Tidak salah untuk menggunakan produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia tetapi pastikan penggunaannya adalah secara terkawal bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan negatif kepada penampilan secara keseluruhan.

The post Rahsia Kecantikan Fatiya Latiff appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment