Istimewa konsert kali ini, Dato Sheila Majid telah menyanyikan 25 buah lagu termasuklah lagu single terbarunya, Boneka. Antara lagu yang menggamit memori adalah sinaran dan legenda. Selain itu, Dato Sheila Majid turut memberikan penghormatan kepada P.Ramlee dengan menyanyikan lagu medley P.Ramlee iaitu Aduh Sayang, Larut Malam dan Jelingan Manja.
Setiap alunan lagu yang didendangkan diiringi oleh barisan pemuzik yang diketuai oleh Mac Chew yang turut memainkan piano di konsert tersebut dan Stadium Merdeka turut dibanjiri dengan peminat setia Dato Sheila Majid yang sudah lama menantikan kemunculan semula penyanyi lagenda itu.
The post Peminat Banjiri Stadium Merdeka Untuk Konsert Dato Sheila Majid appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment