Netizen Puji Kecomelan Anak Aliff Aziz Dan Bella Astillah

Buat pertama kalinya, Aliff Aziz kongsikan gambar terkini anak sulungnya bersama isteri, Bella Astillah dan sudah mendapat pujian dari netizen kerana kecomelan anaknya itu.

 

Gambar : Instagram Aliff Aziz

 

Aliff dan Bella masing-masing memuat naik gambar anaknya yang diberi nama Mohamad Ayden Adrean ke akaun Instagram. Bahkan, pasangan ini turut sudah membuka akaun Instagram khas buat putera sulung mereka itu.

 

“Ia kurang daripada satu jam sebelum tarikh itu berubah menjadi 8 Ogos. Tepat pada tarikh ini bulan lalu bayi kami telah pun dilahirkan. Dan selama satu bulan kami belum lagi kongsikan wajah anak kami kepada orang ramai. Bismillahirrahmanirrahim, ini merupakan anak saya dan isteri tercinta, Mohamad Ayden Adrean yang dilahirkan pada 8 Julai, pada pukul 3.46 petang dengan berat 2.96kg semasa dilahirkan. Sekarang dia sudah berusia sebulan serta sedang membesar dengan baik dan sihat Alhamdulillah. Rasa letih dan stres serta merta akan hilang apabila melihat wajahnya.  Daddy dan Mummy sayangkan awak,” tulis Aliff sebagai kapsyen gambar comel Ayden itu.

 

 

Sejurus selepas perkongsian gambar tersebut, ruangan komen gambar tersebut mula dihujani dengan kata-kata positif serta ada yang memuji ketampanan dan kecomelan bayi pertama Aliff dan Bella itu meskipun sebelum ini aktor kelahiran Singapura ini dikecam oleh ramai netizen gara-gara kontroversinya dengan Afifah Nasir.

 

Walaupun akaun Instagram Ayden dengan nama @aydenadrean17 baru sahaja dibuka dan hanya mempunyai dua keping gambar sahaja, ia sudah berjaya mengumpulkan 34,200 orang pengikut.

 

 

The post Netizen Puji Kecomelan Anak Aliff Aziz Dan Bella Astillah appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment