Konsert Terunggul Afgan Dan Ungu Ditetapkan Pada Oktober Depan

Buat julung kalinya, Popcorn Studio membawakan dua gandingan sensasi genre ‘pop/balada’ dan ‘rock/balada’ Indonesia dalam satu konsert yang sudah lama dinantikan oleh peminat muzik tempatan.
 

 
Konsert terunggul gandingan dua nama besar, Afgan dan Ungu ini bakal diadakan pada 6 Oktober 2017 bersamaan hari Jumaat pada jam 8.30 malam bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam. Konsert ini akan menampilkan penanyi Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan sebagai bintang utama dan kumpulan Ungu sebagai pembuka tirai.
 
Berbeza dengan konsert sebelum ini, Afgan akan membuai perasaan peminat dengan persembahan melalui seleksi lagu hits miliknya selain rantaian lagu popular masa kini.
 

 
Konsert yang bertemakan rock dan jazz balada dijangka akan mengambil masa dua jam dan turut menyenaraikan lagu terkenal Afgan seperti Terima Kasih Cinta, Padamu Ku Bersujud, Jodoh Pasti Bertemu, Katakan Tidak, Untukmu Aku Bertahan dan lain-lain termasuklah Pesan Cinta dan Bukan Cinta Biasa yang melodinya digubah semula.
 
Tidak ketinggalan juga persembahan kumpulan Ungu yang pastinya akan menciptakan mood ‘cinta’ pada pembukaan tirai konsert dengan alunan lagu rock balada popular mereka seperti Tercipta Untukku, Demi Waktu, Kekasih Gelapku, Cinta Dalam Hati dan Aku Tahu.
 

 
Tiket konsert akan dijual pada harga RM130 (Bronze), RM150 (Silver), RM200 (Gold), RM200 (Rock Zone), RM250 (VIP) dan RM350 (Platinum). Tiket boleh didapati melalui www.ticketpro.com.my dan diskaun sebanyak 20% ditawarkan sehingga 31 Ogos 2017 kepada pembeli terawal tiket Platinum dan VIP.
 
Ini adalah langkah pertama Popcorn Studio Sdn Bhd yang mula beroperasi pada tahun 2009 untuk meluaskan empayar dan meneroka persembahan muzik peringkat antarabangsa melalui konsert ini. Popcorn Studio berpengalaman dalam menganjurkan beberapa persembahan seperti Konsert Raya @Oasis yang menampilkan artis lokal seperti Anuar Zain, Ella dan Man Kidal serta Laugh Die You- sebuah ‘stand up’ komedi yang menampilkan artis seperti Gurmit Singh, Kumar, Douglas Lim dan juga artis yang lain.
 
Konsert ini diharap dapat membawa peminat muzik tanah air menikmati alunan muzik dari sisi yang berbeza dan meluaskan jalinan kerjasama industri muzik serantau selain meninggalkan momen indah buat peminat yang bakal hadir ke konsert ini.

 

The post Konsert Terunggul Afgan Dan Ungu Ditetapkan Pada Oktober Depan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment