Kim Woo Bin Mula Sembuh Dari Penyakit Kanser Yang Dihidapinya

Bulan Mei lalu Kim Woo Bin disahkan menghidapi penyakit kanser Nasopharynx. Terkini, aktor popular dari Korea Selatan ini dilaporkan kian sembuh.

 

 

Gambar : Sumber Google

 

Menurut laporan Nate, usaha bintang drama The Heirs ini untuk sembuh mula menampakkan hasil yang positif. Bahkan, dia sudah mula melakukan aktiviti seperti biasa.

 

“Rawatan pertama Kim Woo Bin sudah berhasil. Kini dia sudah mula melakukan aktiviti seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini,” kata salah seorang sumber terdekat Kim Woo Bin.

 

Dia dikatakan sudah melakukan aktiviti olahraga semula. Selepas disahkan mempunyai penyakit yang membunuh itu, dia terus-menerus berehat dari melakukan sebarang aktiviti tersebut.

 

“Dari situ terlihat yang dirinya sangat rindu untuk bersukan. Dia kembali melakukan sukan olahraga selepas mendapat tahu yang rawatan kansernya mula membuahkan hasil,” tambah sumber lagi.

 

Kim Woo Bin kini telah selesai menjalani rawatan kanser tahap pertama. Namun begitu, Kim Woo Bin kehilangan berat badan sebanyak 10 kilogram berikutan rawatan kimoterapi itu.

 

 

Kekasinya, Shin Min Ah yang sentiasa di sisinya turut berusaha dalam membantu teman lelakinya itu mendapatkan semula bentuk tubuh yang berotot.

 

The post Kim Woo Bin Mula Sembuh Dari Penyakit Kanser Yang Dihidapinya appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment