Ketahui Bentuk Syirik Tersembunyi

Gambar : INGimage

Seperti yang diketahui syirik membawa maksud menyekutukan Allah daripada segi perbuatan dan percakapan. Umat Islam sudah tentu mengelak dari melakukan syirik jail (nyata) iaitu menyekutukan Allah dengan menyembah berhala atau tokong. Bagaimana pula dengan syirik khafi (yang tersembunyi)? Semuanya bermula dengan hati.

Bentuk Syirik Khafi

Terdapat beberapa syirik khafi yang selalu dilakukan manusia. Antaranya

  1. Bergantung hati kepada sesuatu selain Allah

Individu berkenaan melihat dirinya atau menyandarkan dirinya sendiri terhadap amal kebaikan yang telah dilakukan atau bergantung hati terhadap sesuatu benda selain dari Allah. Seperti contoh individu berkenaan merasakan bahawa dia banyak melakukan ibadah atau melihat dirinya mempunyai kehebatan sehingga mencapai sesuatu dalam hidupnya. Meletakkan diri sebagai seseorang yang boleh mencapai dengan daya usaha sendiri. Tiada siapa yang mampu melakukannya kecuali Allah. Selain itu, jika kita memperkemaskan ibadah hanya kerana apa yang dilakukan boleh dilihat orang lain. Keadaan ini selalu berlaku kerana individu berkenaan risau akan tanggapan orang daripada tanggungjawab dirinya pada Tuhan.

Allah berfirman dalam Surah Al-Insaan ayat 30;

“Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya)”.

  1. Bersikap Riak

Menurut Ustazah Noor Laila riak yang kerap dilakukan manusia ialah buat sesuatu bukan kerana Allah dan juga tinggalkan sesuatu bukan kerana Allah. Individu yang melakukan sesuatu bukan kerana Allah ialah seperti melakukan sedekah tetapi dengan niat untuk menunjuk kebaikan. Manakala tinggalkan sesuatu keranaNya ialah seperti memperkemaskan ibadah anda kerana manusia bukan kerana anda ingin beribadah kepada Allah. Dari situ niat anda untuk melakukan ibadat telah jauh tersimpang.

Ketika melakukan ibadat, pada awalnya niat yang dilakukan ikhlas, tetapi gangguan riak datang ketika semasa atau sesudah beramal. Selain itu,jika dilihat pada hari ini individu yang gemar memuat naik gambar di laman sosial juga perlu berhati-hati agar tidak timbul niat untuk menunjuk kecantikkan paras rupa. Jadi berjagalah dengan bisikan syaitan yang sentiasa cuba menimbulkan keraguan dalam hati supaya berubah niat.

  1. Ujub (Angkuh)

Dalam Surah Luqman ayat ke 18 Allah Ta’ala berfirman:

“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”

Jelas dan nyata Allah mengatakan bahawa jangan angkuh kepada manusia dan sombong kerana ia boleh merosakkan hati. Sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki kerana ianya adalah rahmat yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia. Contoh pada zaman sekarang manusia bermegah kerana mempunyai jenama kereta yang lebih mahal dan mula timbul sifat angkuh dalam diri.

  1. Takbur

Takbur di sini membawa maksud membesarkan diri atau merasakan diri lebih mulia. Kelakuan ini selalunya dizahirkan melalui perkataan dan perbuatan tanpa kita sedar. Ia adalah perbuatan yang mencabar keagungan Allah.

Rasulullah SAW berkata melalui hadis riwayat Muslim.

“Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong.” Kemudian seseorang itu berkata : “Ya Rasulullah, sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus”. Rasulullah SAW menjawab : “Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain”.

Pada zaman teknologi yang pesat membangun, terlalu ramai manusia yang tidak sedar bahawa mereka melakukan syirik khafi. Antaranya ialah menunjuk kekayaan  di media sosial, mencanang kecantikkan diri dan mengharapkan orang lain memuji kecantikkan. Manusia sekarang menjadikan media sosial sebagai platform untuk menceritakan segalanya dan akhirnya tanpa sedar telah terjebak dengan syirik ini. Jadi berhati-hatilah agar syirik khafi ini tidak dijadikan amalan.

The post Ketahui Bentuk Syirik Tersembunyi appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment