Jom Bersama Raikan Hari Teh Tarik Malaysia

Lipton menyeru rakyat Malaysia bersama merealisasikan Hari Teh Tarik Malaysia. Jenama teh terkenal mahukan rakyat Malaysia menunjukkan sokongan untuk meraikan minuman kegemaran mereka.

Lipton melancarkan kempen yang bertujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat bagi meraikan minimum kegemaran mereka iaitu Teh Tarik melalui Hari Teh Tarik Malaysia yang julung kalinya diadakan pada 15 September 2017.

Bagi menjayakan sambutan berkenaan yang dianjurkan sempena dengan Hari Malaysia serta meraikan semangat muhibah, ‘Lipton Ekstra Kaw’ berharap untuk mendapatkan sokongan lebih 150,000 rakyat Malaysia. Bagi merealisasikan usaha berkenaan, para penggemar Teh Tarik boleh menunjukkan sokongan mereka dengan mengunjungi laman Facebook Lipton Malaysia dan kemudian klik ‘Like’ pada pos Hari Teh Tarik Malaysia bermula hari ini sehingga 14 September 2017.

Bagi menyemarakkan lagi rasa cinta terhadap Teh Tarik, pasukan Lipton akan melakukan siri jelajah dengan menaiki van ke seluruh negara untuk berkongsi keenakan Teh Tarik yang dibuat dengan ‘Lipton Ekstra Kaw’ dengan rakyat Malaysia. Setelah kempen ini berjaya mendapat sokongan rakyat Malaysia dan meraih 150,000 undian, Lipton akan mengumumkan Hari Teh Tarik Malaysia dan meraikan detik bersejarah ini dengan mengagihkan satu juta cawan Teh Tarik yang dibuat menggunakan ‘Lipton Ekstra Kaw’ kepada rakyat Malaysia.

Teh Tarik sememangnya minuman yang paling digemari di kalangan rakyat Malaysia. Teh Tarik boleh dianggap sebagai minuman kebangsaan kerana keupayaannya untuk menyatukan masyarakat berbilang bangsa serta budaya di negara ini. Ia sentiasa mempunyai tempat yang istimewa di dalam hati setiap rakyat Malaysia. Teh Tarik bukan sahaja digemari oleh rakyat Malaysia tetapi turut dinikmati di negara jiran yang membuatkan rakyat Malaysia berasa bangga dengan kemasyhuran Teh Tarik.

Pengarah Pemasaran Makanan & Minuman Unilever Malaysia, Shiv Sagal berkata, “Kami di Lipton memahami rasa cinta rakyat Malaysia terhadap Teh Tarik. Ianya lebih daripada sekadar minuman, ia mengeratkan hubungan antara keluarga dan rakan-rakan dengan menyatukan mereka bersama. Kami percaya Teh Tarik mampu mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat, oleh yang demikian tiada cara yang lebih baik untuk meraikan rasa nikmat di kalangan rakyat Malaysia kecuali dengan meraikan Hari Teh Tarik Malaysia yang pertama.”

Setelah sekian lama bertapak di negara ini, Lipton sangat memahami kecintaan rakyat Malaysia terhadap teh. Rakyat di negara ini boleh berbangga dengan keunikan budaya meminum tehnya, di mana Teh Tarik boleh dianggap sebagai minuman kebangsaan dan menjadi suatu kemestian di kalangan rakyat Malaysia, di mana ia sering dihidangkan dalam apa jua majlis. Dari segi rasanya pula, umum mengetahui bahawa rakyat Malaysia menggemari rasa teh yang pekat dan beraroma, yang menjadi asas terbaik untuk Teh Tarik.

Berbekalkan pengetahuan ini, Lipton telah berjaya menghasilkan ‘Lipton Ekstra Kaw’ yang mempunyai rasa yang lebih pekat, aroma yang lebih kuat dan daun tehnya menghasilkan warna yang lebih pekat sesuai dengan citarasa pengguna tempatan. Dengan rumusan serta warnanya yang diperkaya menjadikan ‘Lipton Ekstra Kaw’ pilihan terbaik untuk membuat Teh Tarik, membantu penggemar teh mendapatkan keseimbangan sempurna antara teh dan susu.

Bagi menyatakan sokongan anda dalam merelisasikan sambutan Hari Teh Tarik Malaysia, sila layari http://ift.tt/2nncGUE dan klik ‘Like’ pada pos Hari Teh Tarik.

The post Jom Bersama Raikan Hari Teh Tarik Malaysia appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment