Di Sekitar Majlis Resepsi Kedua Siti Saleha

Sebelum ini Siti Saleha selamat melangsungkan majlis resepsi pertama yang bertemakan ala Inggeris pada 29 Julai lepas, buat resepsi yang kedua pasangan ini memilih untuk tampil serba tradisional Melayu pula.

 

Gambar : Instagram Siti Saleha

 

Memilih songket berona coklat sedondon rekaan Cosry, Siti Saleha dan suami Ahmad Lutfi meraikan perkahwinan mereka di PAUM Clubhouse untuk majlis pihak perempuan.

 

“Syukur akhirnya semua dipermudahkan dan doakan agar kami terus bersama di dunia dan akhirat. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memeriahkan majlis kami pada hari ini,” jelasnya.

 

Siti Saleha dan Lutfi telah diijab kabulkan pada 28 Julai lalu di TPC, Kuala Lumpur. Mereka bakal mempunyai sebuah lagi majlis resepsi yang dijadualkan pada 12 Julai nanti.

 

Menurut laporan M Star Online sebelum ini, Lutfi pernah menyatakan yang dia berhasrat untuk mempunyai sebelas orang anak dan sebolehnya mahu menyambut kelahiran anak setiap tahun.

EH! kongsikan sedikit gambar resepsi Siti Saleha dan suami.

The post Di Sekitar Majlis Resepsi Kedua Siti Saleha appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment