Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dari pengguna hari ini yang inginkan snek sihat dalam masa yang singkat di mana-mana sahaja, Nuvend Sdn. Bhd telah melancarkan minuman sihat yang berasaskan buahan segar dan juga ProYo ( kiub yang menggabungkan protein dan yogurt). Smoothie buahan ini dijual di dalam mesin layan diri (vending machine) yang diberikan nama “Fitgo Smoothie.” Mesin ini dihasilkan di Malaysia dan ia adalah hasil daripada pasukan kejuruteraan, R&D dan ujian yang dilakukan selama dua tahun.
Konsep dan ideologi Fitgo Smoothies ini terhasil apabila pengasas, Jess Lin, sedang menjalani program penggantian makanan yang berasaskan protein. Bosan dengan kekurangan rasa dan jenis makanan yang ada dan juga tidak mempunyai masa untuk menyediakan pengganti makanan tersebut, Jess mahukan buahan dan sayuran segar utnuk memenuhi keperluan programnya. Jess kemudiannya menjalankan penyelidikan tentang mesin layan diri di dalam negara dan seterusnya mula mencetuskan idea Fitgo ini.
“Revolusi makanan sihat yang digabungkan dengan permintaan ramai yang inginkan kemudahan untuk mendapatkannya adalah pemangkin bagi pelancaran Fitgo Smoothie,” Jess Lin, Pengasas Fitgo Smoothie.
Melalui kerjasama dengan sekumpulan jurutera dan pengaturcara (programmers) yang dipilih secara teliti terhasillah mesin layan diri prototaip pertama yang mula dilancarkan pada Mac tahun ini. Proses, pengeluaran, pembuatan, pengedaran sehingga ke pemasaran telah diuruskan oleh Nuvend Sdn. Bhd di premis kilang mereka. Selain itu, kilang yang terletak di Puchong itu kini sedang cuba untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai Halal dan MeSTI.
Bahan yang digunakan dalam penyediaan smoothie diperolehi dari ladang dan pasar borong. Buahan dan sayuran keseluruhannya telah dibersihkan, dipotong dan ditimbang mengikut resipi sebelum dibungkus ke dalam cawan smoothie bersama-sama dengan bahan utama iaitu kiub ProYo yang telah dirumus oleh Jess.
Kiub ProYo dihasilkan daripada probiotik yang diperolehi daripada yogurt, protein soya dan prebiotik untuk memastikan setiap cawan Fitgo Smoothie mengandungi sekurangnya 40 juta unit pembentukan koloni (CFU) kultur bakteria hidup. Setiap cawan Fitgo Smoothie akan dilabel dan dimeterai sebelum disimpan di dalam bilik dengan suhu negatif 15 darjah celsius untuk kesegaran yang optimum.
Sebaik sahaja cawan Fitgo beku itu diedarkan ke mesin layan diri, ia akan disimpan di dalam mesin pada suhu 10 darjah celsius. Setiap cawan ini akan mengekalkan kesegaran sehingga satu bulan selepas pengeluaran. Fitgo Smoothie tampil dengan tujuh campuran buahan dan sayuran berbeza berdasarkan pada warna pelangi dan setiap cawan mengandungi antara 192 dan 236 kalori dan 12 gram protein untuk setiap 400 mililiter (ml) hidangan Fitgo Smoothies.
Dengan harga RM10, anda boleh mendapatkan Fitgo Smoothies di beberapa mesin layan diri yang terletak di beberapa lokasi pilihan antaranya:
- Dpulze Shopping Centre Cyberjaya
- Etiqa Twins
- Jaya 33 Shopping Mall
- Menara KH
- Monash University
- Menara Tokio Marine
Fitgo Smoothies adalah pengganti ideal bagi anda yang inginkan makanan sihat yang enak serta mudah untuk di dapatkan di mana-mana sahaja.
The post Dapatkan Minuman Sihat Dalam Masa Singkat Dengan FitGo appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment