Cara Mudah Untuk Uruskan Gaji Dengan Bijak

Siapa yang tidak gembira apabila dapat gaji, bukan? Namun ramai yang mula tertekan apabila gaji yang diterima habis dibelanjakan dalam masa yang cukup singkat. Jelita senaraikan lima cara mudah untuk menguruskan gaji dengan bijak.
 

Gambar: Shutterstock


 
Wujudkan Bajet

Secara ringkas, bajt bermaksud perancangan perbelanjaan untuk sebulan. Dalam melakukan bajet anda perlulah kenal pasti:

  • Perbelanjaan penting seperti pembayaran ansuran bagi pinjaman yang mesti dijelaskan.

Tip Tambahan: Khusu untuk sebarang pinjaman yang perlu dilangsai, pakar kewangan menyarankan pinjaman yang mempunyai kadar faedah paling tinggi diberikan keutamaan supaya dapat diselesaikan terlebih dahulu.

  • Perbelanjaan wajib seperti bil, petrol, makanan dan lain-lain.

Tip Tambahan: Pastikan anda menyelesaikan atau memberi keutamaan kepada urusan paling penting bagi memastikan anda dapat meneruskan kehidupan sedia ada. Sekiranya perbelanjaan anda di sini terlalu tinggi; seterusnya cuba kenal pasti apakah perbelanjaan yang boleh dikurangkan. Contoh, sekiranya anda melanggan keahlian di mana-mana gimnasium tetapi jarang menggunakannya, mungkin anda boleh hentikan keahlian itu.

  • Perbelanjaan untuk beriadah

Tetapkan berapakah perbelanjaan anda setiap bulan secara purata untuk perkara seperti makan di luar, membeli hadiah untuk rakan, percutian dan sebagainya.
 
Bayar Bil Secara Automatik

Apabila anda sudah mempunyai bajet seperti yang dinyatakan di atas, ini akan memudahkan anda mengenal pasti apakah bil atau pinjaman ansuran yang mesti anda lakukan dan beri keutamaan. Seterusnya, cara yang terbaik untuk anda melangsaikannya adalah dengan mewujudkan sistem pembayaran secara automatik. Gaji yang dimasukkan ke dalam akaun bank akan terus ditolak setiap bulan untuk membuat pembayaran penting itu. Baiknya di sini, anda akan terus tahu berapakah jumlah baki yang masih ada untuk anda setiap bulan tanpa perlu risau terlepas pandang sebarang pembayaran penting.
 
Bayar Diri Anda

Konsep ini mungkin bunyinya sedikit ganjil utnuk sesetengah individu, tetapi cuba bayangkan anda seperti seorang pemilik syarikat. Tetapkan berapakah jumlah yang perlu anda bayar diri anda setiap bulan berdasarkan bajet yang telah dikenal pasti untuk kegunaan peribadi seperti membeli-belah, beriadah dan bergembira. Sebaiknya, cuba elakkan dariapda membayar diri anda lebih dariapda jumlah yang telah ditetapkan setiap bulan. Sehinggalah anda mendapat pertambahan gaji.
 
Menabung

Tip ini bunyinya sangat klise, tetapi menabung adalah satu tabiat yang banyak memberi kebaikan untuk jangka masa yang panjang. Menabung harus dijadikan tabiat kerana ia adalah sesuatu yang boleh dipupuk.  Ataupun satu cara terbaik untuk memaksa anda menabung adalah dengan menabung secara automatik. Wujudkan satu akaun di manasetiap amaun tetap daripada gaji anda akan ditolak dan dimasukkan ke dalam akaun itu secara automatik.
 
Melabur

Pastikan anda melaburkan simpanan dengan insurans, unit trust atau saham amanah yang banyak terdapat kini. Pastikan ianya sesuai dengan kehendak dan bajet anda. Pelaburan seperti ini pastinya akan memberikan anda pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang panjang. Adalah lebih ideal sekiranya anda dapat meletakkan 20 peratus dariapda simpanan anda untuk pelaburan berkenaan.

 

The post Cara Mudah Untuk Uruskan Gaji Dengan Bijak appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment