Kesan dakwat yang terkena pada pakaian akan melekat sekiranya ia tidak dibersihkan dengan secepat yang mungkin. Jelita kongsikan cara yang mudah untuk menghilangkan dakwat pada pakaian.
Gambar: Shutterstock
- Campurkan dua sudu susu dengan sedikit air. Pastikan campuran tersebut pekat.
- Rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam campuran tersebut selama 30 minit. Kemudian, basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
- Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok dengan lembut menggunakan tangan. Biarkan seketika sebelum anda membasuhnya seperti biasa.
- Semburkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.
The post Cara Mudah Hilangkan Dakwat Pada Pakaian appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment