Dalam perhubungan, anda dan pasangan anda akan sering diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Sekiranya anda dan pasangan anda berjaya untuk mengharunginya maka ia akan menguatkan lagi hubungan anda namun jika anda melihat beberapa petunjuk yang menandakan hubungan anda bersama adalah toksik maka anda perlu memikirkan cara untuk memperbaiki hubungan itu. Jelita kongsikan empat tanda hubungan anda dengan pasangan anda adalah toksik.
Gambar: Shutterstock
Sikap cemburu dan kritikal terhadap anda.
Kritikan tanpa henti. Pasangan seperti ini tidak boleh mendengar nasihat sesiapa melainkan diri sendiri. Mengkritik adalah naluri asas mereka dan mereka akan mengkritik apa sahaja yang cuba anda lakukan.
Cemburu dengan pencapaian anda. Pasangan seperti ini tidak akan senang dengan kejayaan anda kerana mereka menganggap mereka adalah satu-satunya yang layak untuk dihormati dan dipuji. Mereka berasa sangat tidak selamat sehinggakan mereka memperlakukan semua orang seperti musuh mereka.
Tidak menghargai segala pengorbanan anda
Jika anda melakukan sesuatu yang istimewa untuk pasangan anda namun si dia hanya memberikan reaksi yang biasa maka anda perlu memikirkan semula hubungan anda bersamanya. Ini kerana mereka tidak tahu untuk menghargai semua perkara yang anda lakukan untuk mereka.
Hubungan Parasit
Individu seperti ini tidak berminat dengan perasaan dan keperluan anda. Mereka memang akan mengucapkan terima kasih kepada anda namun mereka masih menganggap bahawa tiada yang lebih berhak daripada diri mereka sendiri. Hidup dengan individu ini adalah satu cabaran kerana mereka bukan sahaja mempengaruhi mood dan situasi kewangan tetapi juga pertumbuhan profesional anda.
Cuba untuk memanipulasi anda
Meminta bantuan kecil bukanlah satu masalah besar antara pasangan. Walaubagaimanapun, jika anda merasa seperti berada dalam roda tanpa alasan yang munasabah, ini bermakna anda sedan dimanipulasi. Individu seperti ini suka jika impian mereka menjadi kenyataan dan apabila matlamat mereka sudah tercapai, mereka tidak pernah memberi balik. Anda perlu berhati-hati agar tidak jatuh ke dalam perangkap mereka.
The post 4 Tanda Hubungan Anda Dengan Pasangan Adalah Toksik appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment