150 Pereka Fesyen Bakal Pentaskan Rekaan Never-Seen-Before Di KLFW RTW 2017

Hampir 150 pereka fesyen bakal mementaskan rekaan never-seen-before “Koleksi Runway” secara eksklusif di Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear 2017.

 

Gambar : KLFW RTW 2017

 

Pentas KLFW RTW 2017 bakal bermula pada 16 sehingga 20 Ogos nanti yang bertempat di Pavilion Bukit Bintang. Menyambut ulang tahun yang ke-5 tahun ini, acara fesyen berprestij ini bakal menampilkan ramai pereka yang hadir dari pelbagai latar belakang yang berbeza.

 

Kali ini, seramai enam orang tetamu pereka antarabangsa dari China, India, Australia, Jepun, Filipina dan Korea Selatan bakal dijemput untuk menyaksikan acara fesyen tahunan itu demi untuk dialog komunikasi antara pereka tempatan dan antarabangsa. Ia sekaligus mengembangkan lagi kepesatan industri fesyen tanah air di mata dunia.

 

 

Istimewa buat orang awam, Tourism Malaysia bakal tampil dengan trak OOTD Fashion-On-Go untuk menggalakkan orang awam hadir ke trak tersebut serta mengambil gambar OOTD dan terus memuat naik ke laman sosial dengan hashtag #RURunwayReady, #Negaraku, #SayangMalaysia dan #IAMHOMEGROWN.

 

Pemenang bertuah akan memenangi tiket menghadiri Kuala Lumpur Fashion Week serta menyertai acara fesyen yang lain. Tidak ketinggalan, AirAsia sekali lagi membawakan pertandingan AirAsia Runway Ready Designer Search (AARRDS) dan kali ini pencarian diperluaskan lagi ke 10 buah negara ASEAN termasuklah Indonesia Thailand, Singapura, Filipina, Vietnam, Brunei, Myanmar, Laos, Kemboja serta Malaysia.

 

Kesemua finalis bakal bersaing dalam merebut takhta juara di Grand Finale of AirAsia Runway Ready Designer Search 2017 pada 18 Ogos nanti.

 

EH! sertakan sekali jadual penuh acara fesyen berprestij tahunan yang dinantikan ramai ini di bawah.

 

 

 

 

 

 

 

The post 150 Pereka Fesyen Bakal Pentaskan Rekaan Never-Seen-Before Di KLFW RTW 2017 appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment