Seringkali selepas Lebaran, selain daripada mengalami pertambahan berat badan kerana anda melupakan seketika rutin diet, wajah juga turut kelihatan kusam, berminyak malah berjerawat.
Mungkin ramai yang tidak sedar, ini adalah kesan daripada pengambilan makanan berlemak yang tinggi, selain pengambilan minuman bergas dan juga makanan manis di dalam kuantiti yang banyak dan kerap.
Wajah juga harus di detoks, agar anda mampu untuk mengembalikan keserian kulit lalu bebas cela daripada jerawat dan juga bintik hitam.
PUPUR WAJAH
Lakukannnya sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Ini penting untuk membuang dan menyingkirkan sel kulit mati yang telah terperangkap di lapisan kulit anda. Kulit mati yang terperangkap di dalam lapisan kulit boleh membuatkan kulit menjadi kusam dan tidak berseri. Dengan melakukan pupur wajah, ia juga boleh membantu memperbaharui semula sel kulit agar berlakunya penghasilan semula kolagen untuk kulit.
MINUM AIR PUTIH
Minum air adalah satu cara yang jelas untuk mencapai kulit yang bercahaya dan kekal lembap. Mulakan hari anda dengan segelas air dicampur dengan 1 sudu teh jus lemon dan 1/2 sudu teh madu. Selain itu, jika anda penggemar minuman teh hijau, sentiasalah amalkannya kerana ia bersifat antioksidan dan melindungi kulit.
BANYAKKAN SUMBER FIBER
Meningkatkan kandungan serat dalam diet anda bukan sahaja membantu menghindari masalah kembung perut, malah ia mempunyai manfaat besar untuk kulit anda. Seeloknya, makan oat tradisional atau muesli lazat untuk sarapan pagi, tukar kepada pengambilan wholemeal bread , ubah gaya pemakanan anda dengan memilih bebas gluten, makan lebih kacang dan sayur-sayuran. Buat salad mudah dengan campuaran sayur-sayuran salad, epal parut, lobak, dan herba segar.
TAMBAHKAN SUMBER PROBIOTIK
Menambah probiotik baik untuk diet anda. Ia membantu membersihkan kulit anda dari dalam agar kesannya terpancar pada kecantikan luaran. Buang air besar secara teratur dan imuniti yang kuat adalah penting untuk kulit yang bebas toksin untuk kesihatan jangka panjang. Daripada membeli yogurt probiotik mahal dengan bakteria “hidup”, buat yogurt anda sendiri atau melabur dalam membeli mesin membuat yogurt dan bereksperimen dengan buah-buahan segar, bijirin, madu dan juga herba masakan ditambah kepada yogurt anda.
The post Wajah Berjerawat Selepas Lebaran? Cuba Detoks Wajah Ini. appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment