Tip Rawat Mata Yang Letih

Mata yang lebam dan tidak bermaya buatkan wajah anda kelihatan lebih tua berbanding usia. Ini terjadi jika anda menghadap komputer terlalu lama dan bekerja di dalam tempoh yang panjang.

 

Segarkan semula mata anda dengan cara yang mudah ini.

Cara 1:

  • Sediakan satu biji timun dan kisarkan bersama sedikit air. (Jangan kisar terlalu halus)
  • Potong tisu kapas wajah kepada dua bahagian. ( Sesuai dengan ukuran mata anda)
  • Masukkan air kisaran timun tadi ke dalam bekas bersama dengan tisu kapas. Tutup bekas tersebut dan simpan di dalam peti sejuk.
  • Letakkan tisu kapas tadi di bawah lingkaran mata anda bila –bila masa yang anda inginkan. Lebih baik pada waktu malam, sebelum anda

 

Cara 2:

  • Sediakan satu kiub ais yang kecil.
  • Lumurkannya pada sekitar mata anda selama beberapa minit. Ini membantu melancarkan peredaran darah dan menyegarkan mata anda.

 

Selain itu, amalkan juga panduan ini untuk sepasang mata yang sihat dan terpelihara.

  • Dapatkan pemeriksaan mata yang lengkap di klinik optometri atau hospital yang berdekatan.
  • Amalkan diet dan pemakanan yang seimbang seperti banyakkan pengambilan sayuran dan suplemen tambahan.
  • Kawal berat badan untuk mengelakkan penyakit seperti kencing manis dan diabetes.
  • Pakai pelindung mata jika anda melakukan aktiviti yang berbahaya dan berisiko.
  • Sentiasa basuh tangan dan elakkan menyentuh atau menggosok mata jika tangan anda tidak bersih.

Info: Tahukah anda, diabetes boleh meningkatkan risiko katarak kepada 80% menurut satu kajian yang dilakukan ke atas 6,000 orang.

The post Tip Rawat Mata Yang Letih appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment