Menulis atau membuat wasiat seharusnya perlu dilakukan mulai dari sekarang iaitu semasa hayat anda masih ada dan sihat. Jangan mengambil sikap tunggu dan lihat orang lain buat atau tangguh untuk beberapa waktu. Ia kelak boleh merugikan anda sendiri. Jelita senaraikan syarat wasiat kepada bukan waris dan ahli waris yang tidak menerima harta pusaka melalui Faraid.
Gambar: Shutterstock
1. Hanya satu pertiga (1/3) daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum dilangsaikan boleh diwasiatkan.
2. Dua pertig (2/3) daripada harta pewasiat adalah hak ahli waris menurut hukum Faraid.
3. Pewasiat boleh mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga (1/3) sekiranya semua ahli waris bersetuju dengan pembahagian tersebut selepas kematian pewasiat.
4. Pewasiat juga boleh mewasiatkan hartanya kepada ahli waris yang layak menerima Faraid sekiranya dieprsetujui oleh ahli waris yang lain selepas kematian pewasiat. Ia sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain.” (Riwayat Abu Daud).
The post Syarat Wasiat Kepada Bukan Waris Dan Ahli Waris Yang Tidak Menerima Harta Pusaka Melalui Faraid appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment